Rakyat Malaysia & Indonesia Berebut Ingin Jumpa Nicholas Saputra Lepas Pelakon Ini Dedah Ingin Ke KL

LocalEntertainment
27 Jan 2025 • 6:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Rakyat Malaysia dan Indonesia ini ibarat adik-beradik kerana ada sahaja benda yang akan membuat mereka saling bergaduh antara satu sama lain.

Paling selalu tak puas hati bila bab makan kerana pasti penduduk negara republik itu mahu ‘claim’ setiap makanan Malaysia adalah milik mereka jika ia mendapat sesuatu pengiktirafan.

Bukan itu sahaja, pelakon terkenal pun boleh jadi topik perdebatan seperti mana yang berlaku baru-baru ini di media sosial.

Pelakon Nicholas Saputra Jadi Rebutan Rakyat Malaysia Dan Indonesia

Pada Sabtu lalu (25 Januari), pelakon dan pengarah filem terkenal dari Indonesia iaitu Nicholas Saputra membalas satu ciapan dari seorang pengguna X (@jjhwonu) dengan memaklumkan bahawa dia bakal berkunjung ke Kuala Lumpur.

image is not available
Nicholas Saputra dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Nostalgik sungguh!

Namun ciapan itu telah mencetuskan perdebatan yang menghiburkan antara rakyat Malaysia dan netizen Indonesia kerana kedua-dua pihak bertelagah tentang siapa yang boleh ‘menyimpan’ Nicholas.

Perkara ini bermula dengan sebuah ciapan pengguna X (@jjhwonu) mengenai ‘inacarats’ (istilah untuk peminat Indonesia Seventeen) yang memberitahunya bahawa mereka memahami ciapannya kerana menonton rancangan animasi kanak-kanak popular iaitu Upin & Ipin.

Dengan nada gurauan, pengguna X itu meminta agar mereka menyerahkan Nicholas Saputra kepada rakyat Malaysia.

image is not available

Seorang lagi pengguna X kemudian membalas tweet ciapan tersebut dengan mengatakan bahawa jika mereka mahukan Nicholas, dia perlu melawan ’emak-emak’ Indonesia yang telah menjadi peminat pelakon itu sejak zaman filem Ada Apa Dengan Cinta.

Sambil bergurau, dia meminta mereka datang ke Malaysia untuk ‘melawannya’ demi Nicholas.

image is not available
Sumber: X @jjhwonu

Nicholas Saputra Beri Kejutan

Namun siapa sangka ‘pertelingkahan’ mereka itu mendapat perhatian pelakon popular berkenaan selepas Nicholas bertindak membalas ciapan berkenaan dengan memberitahu bahawa dia akan datang ke Kuala Lumpur.

Respon dari Nicholas itu membuatkan para peminat terkejut dan bertanya sama ada pemilik asal ciapan itu menyedari atau tidak bahawa dia berjaya meraih perhatian pelakon terbabit.

image is not available

image is not available

image is not available

Rakyat Indonesia Bergurau Mahu Tawarkan Artis Lain Selain Nicholas Saputra

Walau bagaimanapun, ada pula sesetengah rakyat Indonesia yang katanya tak mahu ‘memberikan’ Nicholas Saputra kepada rakyat Malaysia.

Jadi sebagai ganti, mereka dengan nada gurauan mahu menawarkan pelakon lain agar pengguna X itu mengambil selebriti seperti pelakon Fedi Nuril dan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

image is not available

image is not available

Sementara itu, beberapa netizen Indonesia pula meminta rakyat Malaysua untuk ‘menyerahkan’ beberapa selebriti Malaysia termasuk penyanyi negara Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Muhammad Shameer Shauqeen atau lebih dikenali sebagai Meerqeen sebagai pertukaran untuk mendapatkan Nicholas.

image is not available

image is not available

Harap tak ada yang ‘terasa’ ya di sini kerana perbincangan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakat Indonesia dan Malaysia saling menggemari industri hiburan di kedua-dua negara ini.