Rakyat Malaysia jalani hukuman mati di Singapura

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 1:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SINGAPURA, 12 FEB: Rakyat Malaysia Lingkesvaran Rajendaren yang disabitkan kesalahan mengedar dadah pada 2018 menjalani hukuman mati di Singapura semalam dan ia disahkan Biro Narkotik Pusat (CNB) republik itu.

“Hukuman mati ke atas Lingkesvaran Rajendaren telah dilaksanakan pada 11 Februari. Lingkesvaran diberikan proses perundangan yang sewajarnya dan diwakili peguam semasa perbicaraan serta rayuannya,” menurut CNB dalam kenyataan hari ini.

Lingkesvaran, 33, disabitkan kesalahan mengedar tidak kurang daripada 52.77 gram diamorphine dan dijatuhi hukuman mati pada 15 Oktober 2018.

Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Mac 2019.

“Susulan penolakan rayuannya, Lingkesvaran terlibat dalam lapan permohonan selepas rayuan. Semua permohonan itu telah ditolak atau diselesaikan,” menurut CNB.

Petisyen Lingkesvaran kepada Presiden bagi mendapatkan pengampunan juga tidak berjaya.

CNB turut memaklumkan bahawa pada 9 Februari lalu, peguam Lingkesvaran memfailkan saman sivil yang mendakwa berlaku salah laku, kecuaian dan/atau keingkaran oleh pegawai awam dalam Perkhidmatan Penjara Singapura.

Menurut CNB, peguamnya turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu saman sivil itu, namun permohonan berkenaan ditolak Mahkamah Rayuan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved