
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap laman web akan mempunyai nama domain tertentu yang bertindak sebagai ‘alamat’ bagi pengunjung hadir ke halaman tersebut.
Jika anda nak tahu, terdapat domain yang dikenakan harga sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika nama yang digunakan unik dan menjadi rebutan ramai.
Terkini, seorang rakyat Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya menjadi jutawan hanya dengan menjual domain.
Arsyan Ismail Jual Domain AI.com Pada RM276 Juta, Didakwa Paling Mahal Dalam Sejarah
Lelaki yang dikenali sebagai Arsyan Ismail telah menjual domain AI.com pada harga mencecah USD70 juta (RM276 juta).
Difahamkan nama domain AI.com telah dibeli oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Crypto.com, Kris Marszalek.
Memetik Gizmodo, syarikat itu mendakwa domain AI.com adalah yang paling mahal pernah dibeli dalam sejarah digital.
Malah GetYourDomain.com pada Mac 2025 telah mengumumkan nama domain itu dibuka untuk jualan pada harga permulaan USD100 juta (RM393 juta).
AI.com Tawar Ejen AI Bagi Pengguna
Syarikat Crypto.com yang terkenal kerana menyediakan platform bagi urusan jual beli mata wang kripto itu bakal menyasarkan penawaran perkhidmatan memfokuskan AI berejen di bawah domain AI.com.
Menurut laporan sama, platform itu akan membolehkan pengguna untuk menghasilkan ejen AI tersendiri yang beroperasi sebagai wakilnya.
“Syarikat itu berkata ejen AI akan boleh menghantar mesej, membina projek, berdagang saham, malah mengemas kini status profil dating,” katanya.
Arsyan Satu-Satunya Pemilik Laptop Acer Predator 21X Di Malaysia
Sebagai info, nama Arsyan cukup terkenal dalam dunia teknologi tanah air, apabila dia menjadi pemilik tunggal Acer Predator 21X di Malaysia.
Dengan pembelian komputer riba berharga RM39,999 itu pada tahun 2017, dia menjadi salah seorang daripada 300 pemilik di seluruh dunia.

