Rakyat Malaysia Kini Boleh Mendaftar Permit Perjalanan Elektronik Untuk Memasuki Kanada Secara Bersyarat

LocalTravel
26 May 2026 • 4:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk rakyat Malaysia dan Indonesia, sebelum terbang ke negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada, kita secara lazimnya akan perlu memohon untuk mendapatkan visa perjalanan ke negara-negara ini terlebih dahulu. Untuk Kanada khususnya, walaupun seorang pelancong hanya akan transit di lapangan terbang negara tersebut, visa untuk memasuki negara tersebut perlu dipohon terlebih dahulu melalui kedutaan mereka di Singapura.

Hari ini, kerajaan Kanada, melalui Lena Metlege Diab, Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan telah mengumumkan bahawa sebagai satu langkah untuk mengeratkan hubungan sosial dan berkepentingan diantara ketiga-tiga negara, rakyat-rakyat Malaysia dan Indonesia, keperluan untuk mendapatkan visa untuk melawat negara tersebut telah digantikan dengan pendaftaran untuk permit kebenaran lawatan elektronik (electronic Travel Authorization permit).

Image from: Rakyat Malaysia Kini Boleh Mendaftar Permit Perjalanan Elektronik Untuk Memasuki Kanada Secara Bersyarat

Ini bermakna bahawa rakyat-rakyat Malaysia dan Indonesia tidak lagi perlu menghantar pasport mereka ke kedutaan Kanada untuk mendapatkan visa, dan hanya perlu mendaftar untuk permit eTA ini di laman web Imigresen Kanada. Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pelawat-pelawat sebelum mereka mendaftar untuk permit eTA ini.

Pertama ialah pendaftaran eTA ini adalah terhad untuk mereka yang sebelum ini telah memegang Temporary Resident Visa (TRV) dalam tempoh 10 tahun selepas visa tersebut telah tamat tempoh, ataupun mereka yang sudahpun memegang visa bukan pemastautin (seperti B-1, B-2 dan H1-B) dari Amerika Syarikat, dan telah dibenarkan untuk memasuki Amerika Syarikat.

Perubahan kepada pendaftara eTA ini berkuat-kuasa bermula hari ini, dan sekurang-kurangnya boleh memudahkan proses untuk mereka yang perlu transit di salah satu lapangan terbang di Kanada sebelum perlu ke destinasi lain dan memudahkan proses melawat Kanada sekiranya anda sudah mempunyai visa Amerika Syarikat.

Sumber: Canada Immigration