Rakyat Malaysia Layak Isi RON 95 Sehingga 300 Liter Sebulan

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

"Rakyat Malaysia layak isi RON 95 sehingga 300 liter sebulan,"!

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutya, rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95 namun bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Sebab purata sekarang dalam 150 liter (sebulan), ada juga kebanyakan 200 liter sebulan dan paling tinggi 250 liter (sebulan), tidak ada yang mencecah 300 liter.

"Bagaimana e-healing? Kalau e-healing, itu kita kecualikan sebab anak-anak muda, puluhan ribu yang bekerja untuk itu. Jadi kalau mereka (perlu guna) lebih, kita beri pengecualian," katanya.