‘Rakyat Malaysia masih tak reti beza aib & jenayah’ – Caprice jawab teguran Vida

LocalEntertainment
23 Sep 2024 • 11:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dalam respon terhadap teguran usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida, selebriti, Caprice, menegaskan ramai rakyat Malasyia masih tidak tahu membezakan aib dan jenayah, menyebabkan golongan yang melanggar undang-undang ini semakin berleluasa.

“Rakyat Malaysia masih tak reti membezakan aib dan jenayah.

“Kita cover kes Global Ikhwan S/B Holdings (GISBH) sejak dari enam bulan lepas. Tiga podcasts, 20 video dan masa itu ramai yang menuduh kita menyebarkan aib dan fitnah. Selepas enam bulan kemudian, akhirnya disebabkan sudah tersebar luas, pihak berkuasa ambil tindakan.

“Pergilah interview semua keluarga-keluarga mangsa GISBH dan tanya mereka siapa salah satu punca kanak-kanak diselamatkan? Nak cakap pasal aib lagi ke?

“Kalau orang tak perlu bersuara atau tingkatkan kesedaran dan semua hanya perlu menunggu hukuman dijatuhkan, lebih baik tutup semua platform berita atau analisis dan kita hari-hari layan konten gelek,” katanya.

image is not available

Hari ini, Vida menegur perbuatan Caprice yang kerap memuat naik hantaran yang dianggap mengaibkan ‘Abang Bas’ di media sosial sehingga membuatkan dia terasa meluat. Hal itu membuatkan dia berasa terpanggil untuk memberi teguran kepada Caprice untuk berhenti berbuat demikian.

Sebelum ini, Vida pernah memuat naik kenyataan bersimpati dengan nasib yang menimpa ‘Abang Bas’. Bagi Vida, beliau percaya pemuda itu tidak berniat untuk melakukan perbuatan yang dikategorikan sebagai amang seksual.

Malahan, Vida sendiri mengakui dia tidak memahami apa maksud ‘crush’, perkataan yang digunakan oleh ‘Abang Bas’ dalam konten video di TikTok bersama kanak-kanak perempuan.

Terdahulu, peguam yang membantu proses ikat jamin ‘Abang Bas’ menjelaskan, pemuda berkenaan tidak memahami maksud ‘crush’ dan hanya sekadar mengikut trend di media sosial.