Rakyat Malaysia Mula Mengintai Jepun Untuk Percutian Musim Sejuk

Travel
25 Dec 2022 • 3:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rumah Sauna Peribadi Anoie yang berlatar Tasik Nojiri antara lokasi pilihan pengunjung di musim sejuk. - Gambar Airbnb

Menjelang cuti hujung tahun dan dengan tarikan perjalanan tanpa memerlukan visa ke Jepun, rakyat Malaysia mula bersiap sedia untuk percutian musim sejuk impian mereka di Jepun.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Airbnb baru-baru ini, 85 peratus rakyat Malaysia berhasrat untuk mengembara ke Jepun apabila mereka mampu, dengan dua daripada tiga orang ingin melawat destinasi di luar bandar-bandar utama negara ini.

image is not available
Hiasan dalaman kabin terpencil di Nagano memang cukup menarik. - Gambar Airbnb

Berdasarkan data daripada tinjauan YouGov yang dianjurkan oleh Airbnb, yang melibatkan 1057 responden di Malaysia di antara 5 hingga 9 Oktober 2022, Airbnb turut mendedahkan 10 destinasi Jepun yang paling banyak dicari oleh pengembara global di platform ini.

Osaka, Tokyo, Shinjuku, Shibuya, dan Fukuoka merupakan kota yang paling banyak mendapat carian. Manakala Kyoto, Taito, Sapporo, Okinawa dan Niseka berada di tangga ke-6 hingga 10.  

Daripada pengembaraan ski di hutan Nagano yang tenang kepada bangunan bergaya di tengah-tengah kesibukan Tokyo, atau rumah warisan klasik  di sekitar pepohon ceri dan kuil di Honshu, Jepun sering menjadi destinasi utama dalam senarai impian pengembara antarabangsa. 

Sama ada anda suka berendam di dalam tab mandi air panas sambil menikmati pemandangan Tasik Nojiri yang menakjubkan atau penginapan idaman pencinta manga di tengah-tengah Kyoto, Airbnb telah mengumpulkan 10 penginapan Jepun yang paling digemari di seluruh dunia untuk membantu anda memulakan perancangan percutian ideal anda untuk bulan Disember ini dan seterusnya.

Untuk keajaiban musim sejuk dikelilingi alam semula jadi

image is not available
Kabin terpencil di Nagano - Gambar Airbnb

image is not available
Rumah Sauna Peribadi Anoie berlatar Tasik Nojiri - Gambar Airbnb

Bagi mereka yang mencari tradisi lama

image is not available
Yadoya Yanagidori West - Gambar Airbnb

Untuk yang berjiwa minimalis

image is not available
4 Beds in Tokyo - Gambar Airbnb

image is not available
Yanako Sow Standard. - Gambar Airbnb

image is not available
Ginza Tokyo Jr Suite - Gambar Airbnb

image is not available
Shinagawa Oimachi - Gambar Airbnb

Untuk merealisasikan fantasi zaman kanak-kanak

image is not available
MANGA design - Gambar Airbnb

image is not available
Tida House - Gambar Airbnb

Jadi bagaimana? Daripada 10 penginapan yang tersenarai di atas, pasti ada yang memikat hati. Jika tiket sudah berada di tangan, cepat-cepatlah buat tempahan. Realisasikan percutian musim sejuk idaman hati anda! - Getaran, 25 Disember 2022