Rakyat Malaysia selamat, Wisma Putra pantau rapat situasi di Sudan

16 Apr 2023 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 16 APRIL: Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu.

Menurut kenyataan kementerian, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan perkembangan itu.

Semua 29 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Sudan, kebanyakannya pelajar disahkan selamat.

“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.

Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my .

Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved