Rakyat Malaysia seludup dadah ke Melbourne: PDRM, AFP jalankan siasatan lanjut

27 Oct 2023 • 11:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Australia (AFP), bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 622 kilogram di Melbourne dan penahanan seorang rakyat Malaysia dalam kes itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki yang ditangkap pada 12 Okt lepas itu, telah dikenakan tindakan di bawah undang-undang negara itu di bawah Section 307.5 (10) of The Criminal Code : Attempting To Possess a Commercial Quantity of a Border Controlled Drug.

“Hukuman kesalahan itu boleh membawa kepada penjara seumur hidup,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Kamarudin berkata PDRM dan AFP akan meneruskan usaha mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kes berkenaan.

Terdahulu, PDRM mengesahkan telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini disyaki menyeludup dadah jenis itu ke Melbourne.

Menurut laporan media tempatan hari ini, empat lelaki didakwa selepas kira-kira 622 kilogram methamphetamine, ditemui tersembunyi di dalam kargo berisi tisu tandas. - 27 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved