Prihatin atas kesusahan yang dialami Gaza pada ketika ini, rakyat Malaysia sumbang RM1 juta kepada Palestin demi meringankan beban mereka.
Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu bantuan kemanusiaan tersebut diperolehi dari dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Malaysia Sumbang RM1 Juta

Difahamkan, sumbangan akan disampaikan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali
“Ini menunjukan komitmen berterusan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dalam apa jua cara dan kaedah terbaik untuk meringankan beban mereka” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Perkara tersebut didedahkan selepas menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin mengenai langkah yang diambil kerajaan Malaysia dalam membantu mangsa di Gaza, Palestin berikutan sekatan oleh Israel terhadap bekalan keperluan asas seperti elektrik, makanan, air dan gas.

Sumber: Buletin TV3
The post Rakyat Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Palestin appeared first on Borak Daily.


