
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Mohamad Sabu berpandangan landskap politik negara kini semakin berubah apabila rakyat tidak lagi menilai sesebuah parti semata-mata, sebaliknya memberi perhatian kepada pemimpin yang benar-benar bekerja dan memahami masalah masyarakat.
Menurut beliau, pengundi hari ini lebih cenderung memilih wakil rakyat yang turun padang, mendengar keluhan rakyat serta menunjukkan keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.
“Pilihan raya akan datang mungkin berubah, pengundi sudah tidak lagi memilih kepada parti, sebaliknya lebih tertumpu ke arah individu.
“Ini adalah suasana baru, dunia sedang menuju ke arah tu,” katanya.
Baca juga:
MKM nafi kenyataan tular dakwa hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim
Bayi maut dalam nahas di Baling, pemandu lori disyaki positif dadah
Annuar Musa akui penyatuan Melayu masih berdepan cabaran
Mohamad Sabu berkata, politik masa depan tidak lagi boleh bergantung kepada retorik dan janji semata-mata, sebaliknya perlu dibina atas asas kepercayaan dan kerja buat.
Katanya, rakyat mampu menilai sendiri usaha pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu dan menjaga kebajikan mereka.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya terus bekerja keras demi kepentingan rakyat serta membina negara dengan pendekatan yang lebih matang.
“Kalau kita ikhlas bantu rakyat, insya-Allah rakyat boleh nampak dan nilai sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan.
The post ‘Rakyat nilai siapa yang bekerja’ – Mohamad Sabu appeared first on The Reporter.



