Rakyat Palestin Dilarang Tadah Air Hujan Sebab Hak Milik Israel

22 Nov 2023 • 11:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Zionis menegaskan rakyat Palestin dilarang menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik dan pertanian kerana ia adalah hak milik Israel.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh David Miller di laman X, dia berkongsi beberapa laporan dari United Nation mengenai perkara tersebut telah mengundang kemarahan ramai.

Air hujan hak milik Israel

“Mengikut arahan tentera Israel yang berkuat kuasa di kawasan itu, hujan adalah hak milik pihak berkuasa Israel dan dengan itu rakyat Palestin dilarang mengumpul air hujan untuk keperluan domestik atau pertanian.

“Di samping melarang pembinaan telaga yang diperlukan untuk rakyat Palestin mendapatkan tambahan air untuk menyokong pertumbuhan penduduk dan pembangunan sosio-ekonomi, dasar sedemikian telah menafikan akses komuniti kepada kemudahan air dan sanitasi, termasuk air, tandas, rangkaian kumbahan dan tangki untuk pengumpulan air hujan,” ujarnya.

Netizen marah

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan polisi yang ditetapkan oleh Israel yang dianggap mengarut kerana air hujan adalah sumber semulajadi yang boleh digunakan oleh orang awam.

image is not available image is not available image is not available

Oksigen, matahari, bulan boleh guna tak?

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu yang mempersoalkan hak milik sumber semulajadi yang lain seperti oksigen, matahari.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: X @David Miller