Rakyat perlu sokong usaha rawat rakyat Palestin cedera

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 8:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zamri berkata pengguna media sosial sewajarnya menyokong sebarang usaha membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

image is not available
Seramai 41 pesakit dan 86 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza diterbangkan ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Foto Bernama

SHAH ALAM - Rakyat perlu menyokong usaha Malaysia memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Menurutnya, tindakan tersebut merupakan usaha memperjuangkan hak asasi manusia warga Palestin.

“Malaysia berada di landasan yang betul dan tindakan ini sepatutnya disokong oleh rakyat.

“Mereka yang membantah usaha terbabit disifatkan seperti buta mata dan hati terhadap jenayah kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pengguna media sosial sewajarnya menyokong sebarang usaha membantu rakyat Palestin yang dizalimi dan menggabungkan diri menyokong perjuangan pembebasan Palestin.

“Mereka tidak sepatutnya menyebarkan dan menyemarakkan lagi propaganda tidak betul terhadap usaha baik membawa rakyat Palestin yang cedera di negara ini.

“Pengguna media sosial seolah-olah bersekongkol dengan kekejaman Israel sekiranya bertindak sedemikian,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya semua pihak tidak mempertikaikan usaha kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera bagi mendapatkan rawatan di Malaysia.

Beliau berkata, kritikan terhadap usaha berkenaan hanya sekadar modal politik dan turut menyifatkannya sebagai hasad dengki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved