Rakyat Sedih Pemergian Pak Lah, Ramai Kenang Semula Jasa Ketika Mentadbir Negara – “PM Paling Rendah Diri & Sederhana”

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita pemergian Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa khabar duka bukan sahaja kepada barisan pemimpin negara tetapi juga seluruh rakyat.

Sejak semalam, nama beliau yang mesra dengan panggilan ‘Pak Lah’ menjadi trending di pelbagai platform media sosial selepas rakyat masing-masing berkongsi kenangan dan jasa Allahyarham ketika hayatnya.

image is not available

Pak Lah dikenang dan diingati ramai sebagai seorang pemimpin yang merendah diri dan bersederhana dalam tindakan serta percakapannya ketika beliau mengetuai pentadbiran negara.

Bagaimanapun, sikap itu tidak menghalangnya untuk bertegas dan mentadbir negara dengan telus dan berintegriti.

image is not available image is not available

image is not available

Sementara itu, ramai individu turut membuat hantaran dan mengenang segala jasa dan sumbangan besar beliau sebagai Perdana Menteri dan antara yang paling diingati ramai adalah Islam Hadhari serta ketegasannya memerangi rasuah.

Ada juga yang mengenang jasa Pak Lah yang sentiasa memikirkan tentang keselamatan dan keterjaminan makanan serta pembangunan pertanian ketika negara di bawah pentadbirannya.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, ramai yang akui pentadbiran Pak Lah dahulu merupakan yang paling aman dan tenang tanpa konflik politik yang terlalu besar.

Selain rakyat, Allahyarham juga disenangi para penjawat awam ketika memegang jawatan dan ada yang menggelarnya Perdana Menteri paling islamik dan baik hati dalam politik.

image is not available

image is not available

Dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’, Pak Lah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada tahun 2003 hingga 2009. Beliau disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7 malam tadi.

image is not available 1 day ago

Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah 'Pekan Koboi' Kepala Batas Kepada Bandar Maju