Rakyat Singapura kedekut nak bayar saman trafik di Malaysia, tunggakan sebanyak RM3.5 juta

LocalPolitics
14 Aug 2024 • 1:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pemandu Singapura dilaporkan culas membayar 35,011 saman trafik bernilai RM3.5 juta yang dikenakan terhadap mereka ketika menggunakan jalan raya di Malaysia.

Menurut laporan, 35,011 saman tertunggak yang masih belum dibayar itu sejak dari tahun 1990 hingga Jun 2024.

Bagi jumlah keseluruhan saman trafik (pemandu warga asing) tertunggak di Malaysia adalah 40,962,240 menghampiri 41 juta yang bernilai RM4 bilion, melibatkan pemandu dari Singapura, Brunei dan Thailand.

Antara kesalahan trafik yang sering dilakukan adalah, melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon ketika memandu, memotong barisan atau menunggang motosikal dengan laju.

Berikutan itu, pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu ini. Antaranya penguatkuasaan di sempadan dan mereka yang enggan membayar saman akan disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi pemandu warga asing yang mahu membayar saman tersebut, boleh berbuat demikian dengan menggunakan sistem pembayaran online melalui platform MyBayar, tanpa perlu hadir ke balai polis.

Sumber: Media Corp