RAM Pada Apple Mac Pro Baharu Dilaporkan Tidak Boleh Dinaik Taraf Pengguna

TechnologyDigital
9 Jan 2023 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Apple Mac Pro

Ramai menantikan kemunculan model kemas kini untuk Mac Pro yang menggunakan cip Apple Silicon. Ia satu-satunya produk desktop Apple yang masih dijual dengan cip keluaran Intel. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Mac Pro akan dilancarkan kelak tanpa ciri RAM yang boleh dinaik taraf sendiri oleh pemilik.

image is not available

Tindakan ini pastinya mengecewakan kerana pengguna profesional mungkin ingin menambah RAM pada Mac Pro mereka pasca pembelian bagi meningkatkan prestasi. Ini adalah kerana selepas berpindah ke Apple Silicon, RAM disadur terus kepada cip pemproses dan tidak boleh ditanggalkan.

Storan SSD, kad GPU, media dan kad rangkaian internet masih lagi boleh digantikan. Dari segi rekaan pula Mac Pro baharu masih akan kelihatan seperti Mac Pro yang dilancarkan pada tahun 2019.