Ramadan belum pun tiba, kita dah mula sibuk dengan persiapan raya -Ustaz Wadi Annuar

LocalOpinion
17 Feb 2026 • 8:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menegur segelintir umat Islam yang sudah mula sibuk dengan persiapan raya walaupun bulan Ramadan masih lagi belum tiba.

Dah ramai mula sibuk dengan persiapan hari raya

Menerusi hantaran di Threads beliau, Ustaz Wadi menzahirkan rasa sedih dengan situasi yang berlaku, seolah-olah langsung tidak mengendahkan ‘tetamu’ yang cukup mulia.

“Ramadan belum pun tiba, tapi kita dah mula sibuk dengan persiapan hari raya.
“TIdakkah kita berasa malu pada Ramadan, tetamu kita yang mulia?” tulisnya.

image is not available

Jangan persiapan hari raya melebihi persiapan beribadah

Susulan daripada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar persiapan raya yang dibuat tidak mengatasi ibadah yang sepatutnya dilakukan pada Ramadan nanti.

“Jangan sampai persiapan raya mengatasi persiapan ibadah,” ujarnya lagi.

Teguran buat peringatan bersama

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai maklum balas apabila ada di antara mereka bersetuju dengan kenyataan yang dibuat pendakwah terkenal berkenaan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memberi alasan persiapan raya dibuat lebih awal kerana mahu memberi tumpuan terhadap ibadah puasa pada Ramadan nanti.

image is not available

Terima kasi atas ingatan

image is not available

Lagi utamakan sambut Ramadan

image is not available

 

Tapi buat persiapan demi fokus ibadah Ramadan

image is not available

Tiada masalah nak berbelanja

image is not available

Artikel lain: Mahu fokus Ramadan, Sweet Qismina ingin elak perkara negatif – “Tak nak perli-memerli”

Apa-apa pun, semoga ibadah puasa yang bakal dijalani umat Islam pada 19 Februari 2026 nanti dipermudah dan sama-sama dapat berhari raya pada Syawal nanti.

Sumber: Threads ustazwadiannuar