
ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha berkongsi perkembangan anaknya yang kini berada di sekolah berasrama penuh.
Rindu kepada ahli keluarga dan suasana di rumah menjadi lebih ketara pada bulan Ramadan.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, perkara itu dialami Sophea Natasha, 13, dan dia sebagai bapa bertindak memberikan sokongan.
"Tasha telefon dari asrama. Rindu sangat dan sedih katanya. Daddy terus datang melawat sekejap.
"Untuk memberinya semangat meneruskan perjuangan," titipnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkata perasaan rindu atau homesick adalah perkara biasa bagi 'anak asrama.'
"Janganlah bersedih anakku. memberi kata semangat agar terus berjuang. Ilmu satu perjuangan.

"Emosi rindu perkara biasa. Adakala naik dan turun.
"Daddy ada di sini memberikan sokongan kepada awak dari jauh.
"Harus tabah dan kuat, daddy loves you," kongsinya.
Warganet turut menyokong perkongsian beliau dan bersetuju tentang caranya mengendalikan emosi anak yang 'homesick' agar terus kekal fokus.
Tidak kurang yang berkongsi pengalaman masing-masing:
"Pada usia yang masih muda, rasa rindu itu membuatkannya keliru sama ada dia patut berjauhan daripada ibu bapa atau terus tinggal di asrama. Sebenarnya, bukan kerana terlalu rindu kerana dia tahu akan berjumpa semula, tetapi lebih kepada teringat rutin dan kehidupan di rumah yang kini berbeza di asrama, dikelilingi oleh orang yang lain. Ia memerlukan masa. Namun, jika terlalu melayan rasa rindu tanpa diberi semangat dan ketegasan, anak itu memang berisiko kecundang dan meminta keluar dari asrama. Homesick itu nyata, tetapi jangan biarkan ia menguasai diri."
"Ini adalah Ramadan pertamanya berjauhan daripada keluarga. Kami pun pernah melalui pengalaman yang sama dulu. Apabila anak pertama tinggal di asrama, masing-masing sendu di meja makan, tidak sabar menunggu hujung minggu. Ketiga-tiga anak semuanya pernah tinggal di asrama. Alhamdulillah, dua sudah bekerja, tinggal si bongsu di universiti. Ramadan benar-benar menggamit rasa rindu terhadap keluarga."
"Ilmu satu perjuangan - akan saya kongsikan kepada anak-anak saya. Teringat pula kepada arwah abah."
"Kebanyakan begitulah, terutama anak perempuan. Normal."
"Dr telah mengajar anak bahawa rindu bukan untuk lemah."
"Rencah kehidupan tasha. Tasha sedang belajar kawalan emosi. Paling penting enjoy your day as a student. Cipta memori yang indah. Tidak dinafikan homesick memang pedih."
"Ya ALLAH auto rindu dgn arwah ayahanda saya. Zaman hostel pun selalu ayah datang bawa food."
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam,Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu Syed Muhammad.
Perkongsian tip keibubapaan olehnya sering menjadi rujukan ramai.
