Ramadan Sale Realme: Diskaun hingga 50% & peluang menangi peranti kegemaran

TechnologySales & Promo
28 Feb 2025 • 3:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bercadang untuk dapatkan gajet keluaran Realme? Sekarang adalah masa yang sesuai kerana, sempena jualan 3.3 Ramadan yang bakal tiba, Realme akan mengadakan tawaran menarik ekslusif di stor rasmi Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Jualan ini menyaksikan diskaun sehingga 50% ke atas produk Realme termasuk peranti flagship Realme GT6 dan Realme 12 Pro+. Malah, anda juga berpeluang untuk memenangi peranti Realme kegemaran anda secara percuma melalui cabutan bertuah.

Tempoh promosi akan berjalan dalam waktu terhad pada bulan Mac dan ini adalah butirannya.

Promosi di Lazada

Bermula 2 Mac jam 8 malam hingga 5 Mac, anda boleh nikmati penjimatan sehingga 50% dan baucar platform 15% di Lazada. Berikut adalah antara penawarannya:

  • Realme GT6 (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM2,599 RM2,099
  • Realme 12 5G (RAM 8GB dan storan 512GB) – RM1,299 RM999
  • Realme C65 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM699 RM615

Promosi di Shopee

Anda juga boleh nikmati diskaun sehingga 50% dan pulangan tunai 12% di Shopee, bermula 2 Mac jam 8 malam hingga 3 Mac. Berikut adalah antara tawaran di Shopee:

  • Realme GT 6T (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM2,399 RM1,646
  • Realme 12 Pro+ 5G (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM2,099 RM1,495
  • Realme T300 – RM199 RM89

Promosi di TikTok Shop

Selain itu, penjimatan sehingga 50% dan tambahan baucar platform sehingga 30% boleh didapatkan pengguna di TikTok Shop, mulai hari ini, 28 Februari hingga 10 Mac 2025.

  • Realme 14x 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,099 RM999
  • Realme 12+ 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,499 RM1,049
  • Realme Note 60x (RAM 4G dan storan 128GB) – RM369 RM359

Menangi peranti Realme percuma

Nak miliki peranti Realme? Anda boleh sertai aktiviti cabutan bertuah dengan hanya beberapa langkah mudah untuk memenangi peranti Realme kegemaran anda. Kempen ini diadakan bermula sekarang hingga 3 Mac dan pemenang bertuah akan diumumkan pada 10 Mac 2025.

Ini apa yang perlu anda lakukan untuk sertainya:

  1. Lakukan tangkapan skrin produk yang anda mahukan yang dipaparkan dalam video dan kongsikan kenapa anda mahukannya.
  2. Muat naik hantaran di media sosial anda sebagai hantaran umum
  3. Sertakan hantaran dengan hashtag #realme33sale #ramadanbersamarealme #ShopeeMY #LazadaMY #TikTokMY #realmeMY

Terdapat banyak lagi gajet dan produk Realme yang ditawarkan pada harga menarik sempena Ramadan Sale. Untuk ketahui senarai penuhnya, anda boleh singgah ke stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

View Original Article