Ramadan telah pergi, ribuan umat Islam di Palestin sambut Aidilfitri di Al-Aqsa

21 Apr 2023 • 4:48 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

BAITULMAQDIS: Lebih 120,000 rakyat Palestin menyertai sebahagian besar dunia Islam dalam menyambut Syawal pada hari Jumaat untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadan dengan berjemaah berkumpul untuk bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

image is not availableimage is not available

Menurut sumber AlQastal News, suasana sepanjang solat sunat Aidilfitri pada Jumaat itu aman cuma berlaku beberapa insiden apabila polis israel cuba menghalang pemuda Muslim mengantung bendera Palestin di sebelah Bab Al-Asbat.

image is not available

Sementara itu, sumber Jordanian Waqf, pemegang amanah Islam disokong Jordan yang mentadbir perkarangan Masjid Al Aqsa melaporkan bahawa kira-kira 4 juta muslim telah bersolat di Al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.

Malaysia turut meng­gesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak rejim israel menghentikan serangan dan membebaskan segera penduduk Palestin yang ditahan dalam serangan di Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komuniti antarabangsa juga mesti menuntut rejim israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan penduduk Palestin serta tanahair mereka.

image is not available
Kredit foto sumber AlQastal News

image is not available