Ramai aktivis GSF sertai misi bantuan di Aceh – “Kami bawa amanah rakyat”

LocalEntertainment
24 Dec 2025 • 3:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian publik apabila menjadi salah seorang aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Bantuan Kecemasan Aceh 2025 bersama organisasi bukan kerajaan (NGO), Cinta Salam Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi berkongsi keadaan sepanjang perjalanannya menuju  ke lokasi bencana dan mendapati banyak kawasan yang terjejas teruk.

Bawa amanah rakyat

image is not available

“Lebih kurang 2 Jam lagi untuk sampai ke Aceh Utara. Ternyata hampir 8 jam dah kami di perjalanan.
“Melihat kiri dan kanan yang gelap, lumpur dimana-mana, ada yang tidur di bawah jambatan, Ya Rabb. InsyaAllah, kami akan turun menyantuni mereka untuk sampaikan amanah dari kalian,” ciapan Zizi, semalam.

Pelantun lagu Levitasi itu juga turut memohon doa orang ramai dan mengakui dirinya hanya menjadi wakil untuk menyampaikan amanah rakyat Malaysia buat saudara mereka yang dilanda musibah.

image is not available

“Kami membawa amanah rakyat Malaysia. Doakan perjalanan ini dipermudah
dan setiap kebaikan sampai kepada yang berhak,” jelasnya.

Terdahulu, Cinta Salam Malaysia berkongsi satu hantaran memaklumkan Zizi mula berangkat ke Aceh bagi menyantuni mereka yang terkesan akibat banjir.

Turut dilihat beberapa aktivis lain daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) turut menyertai misi ini antaranya pasangan adik beradik Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ilya Balqis dan Haikal Abdullah.

image is not available

Artikel lain: Zizi Kirana tak tersinggung dipertikai sertai misi kemanusiaan tanpa mahram -“Saya minta izin suami..”

Difahamkan, bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Aceh Tamiang, Provinsi Aceh, Indonesia, digambarkan penduduk sebagai tragedi terburuk selepas Tsunami Aceh pada 2004.

Menurut pihak berkuasa tempatan, hujan berterusan bermula pada 26 November lalu menyebabkan air naik mendadak sehingga mencecah lebih 3.5 meter dalam tempoh 72 jam, menyebabkan ratusan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda, selain hanya membawa pakaian di badan.

Sumber: Threads zizi_kirana