Ramai Anggap ‘Boring’, Rating Program G-Dragon ‘Good Day’ Menurun Dari Episod Pertama

EntertainmentMusic
24 Feb 2025 • 2:42 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selain bakal kembali dengan muzik baru tak lama lagi, G-Dragon juga telah menemui penonton menerusi program “Good Day”.

Untuk pengetahuan, “Good Day” ialah projek muzik di mana G-Dragon akan bekerjasama dengan ramai individu dari pelbagai bidang, untuk mencipta lagu pada tahun ini.

Dalam program ini, lelaki itu akan mengambil peranan sebagai penerbit, yang akan mengubah kisah setiap individu ini menjadi muzik.

image is not available

Episod pertama yang disiarkan telah berjaya mencatat rating baik iaitu mencecah 4.3% di seluruh negara. Bagaimanapun, rating menurun sedikit ke 3.6% untuk episod yang seterusnya.

Meninjau laman komuniti dalam talian, ada yang menyatakan bahawa program itu menghiburkan tetapi ada juga yang berpendapat “Good Day” sedikit membosankan, meskipun ramai selebriti popoular tampil sebagai tetamu jemputan.

Haa korang layan tak program ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.