Ramai Baru Tahu, Netizen Terpesona Lihat Gadis Ini Tunjuk Cara Main Loceng Gereja Di Kuching

24 Aug 2022 • 3:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Macam gitu je dia main, weh.

Ramai Baru Tahu, Netizen Terpesona Lihat Gadis Ini Tunjuk Cara Main Loceng Gereja Di Kuching . Bagi mereka yang tinggal di Borneo, bunyi loceng gereja bukanlah sesuatu yang asing didengar. Tetapi, pernahkah anda melihat bagaimana loceng ini dibunyikan?

Menerusi sebuah video yang tular dan keluar di laman For You Page (FYP) TikTok, seorang gadis dengan nama pengguna valeriefaithcotter menunjukkan cara bagaimana untuk memainkan loceng menara gereja.

image is not available
Ramai Baru Tahu, Netizen Terpesona Lihat Gadis Ini Tunjuk Cara Main Loceng Gereja Di Kuching. Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

Rupa-rupanya selama ini, loceng ini bukanlah dibunyikan menggunakan satu tali tetapi sebaliknya terdapat 8 utas tali yang disambungkan dengan loceng dengan bunyi yang berlainan. Ia kemudiannya perlu ditarik mengikut melodi lagu yang ingin dimainkan.

Ingatkan gereja ada satu loceng saja, tetapi rupanya ada banyak

8 utas tali tersebut dilabelkan dengan nombor bagi memudahkan petugas menarik tali dan membunyikan loceng mengikut susunan nombor yang spesifik, sekaligus menghasilkan bunyi yang indah.

Bunyi loceng dibunyikan dari menara bagi membolehkan ia didengar meskipun anda berada jauh dari kawasan gereja. Kebiasaannya, loceng ini dibunyikan untuk menyeru penganut Kristian untuk menghadiri perkumpulan keagamaan, atau sembahyang yang telah ditetapkan di sesebuah gereja. 

Gereja ini juga dibunyikan sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku di kawasan berdekatan gereja, hari perkahwinan penganut dan perayaan Krismas. 

image is not available
Gambar hiasan.

Valerie berkesempatan memainkan loceng menara tersebut di Gereja Anglican St. Faith, Jalan Chawan, Kuching. Menurut Valerie, bunyi loceng ini akan berbunyi lebih ‘lembut’ jika didengar dari jarak jauh berbanding didengar dari gereja itu sendiri yang akan berbunyi lebih nyaring dan kuat.

Video Valerie telah meraih sebanyak lebih 71.9 ribu tontonan setakat artikel ini diterbitkan dan menerima respon daripada netizen pelbagai latar belakang.

Netizen belajar benda baru

Rata-ratanya menyatakan rasa teruja dan terpegun melihat cara loceng gereja tersebut dimainkan. Apatah lagi loceng tersebut menggunakan sistem lama. Malah, bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam gereja, video Valerie ini merupakan kali pertama mereka melihatnya dan meluahkan rasa terpegun dan ini merupakan pengetahuan baharu buat mereka.

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

image is not available
Sumber: TikTok @valeriefaithcotter

Meskipun berbeza latar belakang, video ini membuatkan netizen di TikTok mempelajari benda baharu berkaitan amalan dan pengetahuan am tentang rencam masyarakat berbilang kaum, terutamanya di Sarawak.

Adakah ini kali pertama anda melihat bagaimana loceng gereja dimainkan? Cool kan?

Ini pula perbezaan dulu dan sekarang pusat keagamaan di Bandaraya Kuching:

Baru-baru ini, sebuah gereja di Keningau Sabah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, namun komen penganut Kristian pula tarik perhatian ramai: