Ramai Berang Wanita Kena Buli Dengan Nissan Navara, Hanya Kerana Tekan Hon Sebab Nak Pemandu Alert [Video]

LocalCars
10 Jun 2026 • 10:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ramai Berang Wanita Kena Buli Dengan Nissan Navara, Hanya Kerana Tekan Hon Sebab Nak Pemandu Alert [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes buli jalanan sering mendapat perhatian ramai setiap kali ditularkan di platform media sosial. Mana tidaknya, rata-rata semua pengguna jalan raya hanya mahu sampai di lokasi destinasi dengan pantas dan selamat.

Tetapi lain pula yang berlaku apabila dibuli geng-geng ‘acah’ gengster ni sebagai contoh kenderaan dihimpit, pemandu yang berkata-kata kesat, kereta cucuk rapat dari belakang, dan banyak lagi.

Pemandu Wanita Diganggu Pemandu Nissan Navara Selepas Bunyikan Hon

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Fa berkongsi pengalaman buruknya apabila mendakwa pemandu lelaki sebuah kereta pikap jenis Nissan Navara NP300 telah membulinya sewaktu berada di atas jalan raya.

Dakwa Fa, dia pada awalnya hanya membunyikan hon agar pemandu kenderaan 4×4 itu peka tentang keberadaannya di lorong sebelah kanan. Dakwa Fa lagi, kenderaan lelaki itu telah memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Pemandu Navara Tunjuk Jari Tengah & Didakwa Langgar Kereta Fa

Menerusi video perkongsian, pemandu Navara itu secara melulu masuk ke lorong kiri tanpa memberikan lampu signal dan kemudiannya memperlahankan kenderaannya semata-mata untuk menunjukkan jari tengah dan isyarat lucah kepada Fa.

Dalam masa sama, wanita itu turut menunjukkan kesan calar pada kereta jenis Mercedes-Benz miliknya yang didakwa akibat dilanggar pemandu Navara.

“Bunyikan hon kepada dia sebab dia masuk lane dan macam tak perasan saya dekat sebelah dia. Kemudian dia kejar saya, potong kereta dan langgar kereta saya di bahagian kiri,” dakwanya.

View on Threads

Buli Jalanan Merupakan Kesalahan Undang-undang

Untuk info, buli jalanan merupakan satu kesalahan dan individu didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga jenis pembuli jalan raya adalah:

  • Buli fizikal seperti memukul atau mengugut mangsa.
  • Buli mental seperti mengeji dan memaki hamun mangsa.
  • Memandu secara tidak beretika, memandu dalam keadaan bahaya, mengganggu pemandu lain dan membuat provokasi kepada mangsa.

Antara akta yang boleh digunakan untuk kesalahan ini adalah, Seksyen 503, Kanun Keseksaan (Intimidasi atau Gangguan). Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah penjara sehingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ramai Kecam Pemandu Nissan Navara Kerana Buli Jalanan Pemandu Mercedes-Benz

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang mengkritik kelakuan pemandu Nissan Navara yang tidak berhemah semasa berada di atas jalan raya.

“Spesies 4×4 memang suka road bully. Lagi-lagi bila tahu pemandu tu perempuan,” kata seorang netizen.

Ramai Cepat Terasa Bila Kena Hon Ketika Memandu, Tak Semestinya Anda Salah

Malah ramai juga yang bersetuju terdapat golongan yang tidak suka dan ‘pantang’ apabila seseorang membunyikan hon kepada mereka, walhal hanya mahu mereka peka tentang situasi di atas jalan raya.

“Ramai yang rasa sensitif bila kena hon walaupun diorang salah. Sedangkan hon itu sepatutnya digunakan sebagai alat keselamatan, bukannya pencetus krisis, gangguan emosi atau hilang pertimbangan.

“Ada sesetengah orang memang terlalu mudah terasa. Cukup dengan satu bunyi hon yang sopan untuk memberitahu “saya ada di sini”, terus mereka bertindak seolah-olah korang hina nenek moyang, cabar maruah dan isytiharkan perang terhadap seluruh keluarga mereka. Itu cuma bunyi hon, bukannya serangan peribadi,” ujar seorang warganet.

Netizen Minta Mangsa Buat Laporan Polis Berhubung Kes Road Bully

Sementara itu, pengguna Threads juga meminta Fa untuk membuat laporan memandangkan dia mempunyai banyak bukti kesalahan pemandu pikap.

“Kamu boleh menang banyak kalau buat laporan. Pertama, kesalahan dia tunjuk jari tengah. Kesalahan dia road bully, dan kesalahan dia rosakkan kereta,” kata seorang lelaki.

“Tunjuk isyarat lucah adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Saya cadangkan awak guna video ni sebagai bukti untuk buat laporan. Buat dia (pemandu Nissan Navara) famous,” tambah seorang lagi individu.

Berikut antara komen-komen netizen: