“Ramai Beratur Ni!“ – Pemandu Innova Didakwa Kemas But Kereta Di Pam Minyak Undang Kritikan [Video]

LocalCars
17 Mar 2026 • 4:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dah nak masuk musim raya Aidilfitri ni, mesti jalan raya seluruh negara khususnya menghala ke kawasan kampung akan mula sesak. Kadangkala walaupun sudah merancang perjalanan, pasti ada masanya tersangkut juga jem.

Oleh disebabkan itu, ramai individu akan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau stesen minyak bagi mengisi petrol.

Memang tidak boleh dinafikan, jumlah pengguna stesen minyak memang ramai pada ketika itu. Justeru, adalah penting untuk kita bergegas dan segera menyelesaikan urusan masing-masing bagi memberi ruang kepada orang lain pula untuk isi minyak.

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Setel Gerak Lah” – Lelaki Sengaja Buang Masa Lepas Isi Minyak Raih Kecaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Bahaya Ke?” – Aksi Ibu Hamil Bau Petrol Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lelaki Kencing Di Tempat Wuduk Stesen Minyak Bikin Ramai Berang

Pemandu Innova Didakwa Bersihkan But Kereta Ketika Masih Parkir Di Pam Minyak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Dieja berkongsi situasi tidak menyenangkan yang berlaku di sebuah stesen minyak.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa buah kenderaan sedang beratur bagi mengambil giliran untuk mengisi minyak.

Namun niat Dieja untuk meneruskan perjalanan dengan pantas tergendala apabila ada pengguna stesen minyak yang didakwa parkir di pam minyak dalam tempoh masa lama hingga menyusahkan orang lain.

Dakwa Dieja, penumpang dan pemandu Toyota Innova tersebut bertindak membersihkan but kereta ketika masih parkir di pam minyak terbabit.

Aksi itu bukan sahaja membuatkan orang lain terpaksa tunggu lama, malah didakwa menyebabkan kesesakan di stesen berkenaan.

“Belakang dah jem ni. Kita pun duk tunggu dia keluar. Dah lama isi minyak dah. Boleh lepak lama dekat situ dari tadi,” dakwanya.

Wanita Minta Pemilik Kereta Fikir Keadaan Pengguna Stesen Minyak Yang Lain

Tambah wanita itu lagi, pemandu Innova kemudiannya telah keluar daripada ruangan pam minyak sebelum suaminya sempat menegur.

“Tolong eh nak balik beraya ni. Tolong ada common sense! Orang lain beratur nak isi minyak hah,” katanya.

@missdiejaaa__

Laki aku baru nak pegi sound nasib dia gerak. Mana pergi common sense eh ?

♬ original sound – Missdiejaaa

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Harap Pengguna Stesen Minyak Lebih Peka & Jangan Buang Masa Orang Lain

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut menegur individu yang suka mengambil masa yang lama semasa memarkir kenderaan di pam minyak.

“Paling menyampah dah isi minyak, dia pergi masuk kedai shopping. Kadang tu bayar minyak sekali sambil membeli. Kereta kalau dekat luar tak banyak tak apa. Ni orang dah beratur panjang dah,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah beberapa individu berkata mereka akan berasa cuak sekiranya ada banyak kereta sedang menunggu giliran di pam minyak.

“Aku jadi gelabah kalau belakang dah beratur dua ke tiga biji kereta. Memang isi terus jalan, tak ada nak terhegeh-hegeh,” ujar seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: TikTok

Etika Semasa Di Stesen Minyak

Mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi stesen minyak adalah untuk kegunaan bersama. Oleh disebabkan itu, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan elak menyusahkan orang lain.

Berikut kami kongsikan beberapa etika yang perlu dipraktikkan ketika berada di stesen minyak:

  • Segera bergerak setelah mengisi minyak dan elakkan menunggu terlalu lama atau melakukan urusan lain yang tidak penting di pam minyak.
  • Gunakan petak parkir yang disediakan sekeliling stesen minyak jika mahu ke kedai runcit atau ATM.
  • Jika terpaksa parkir di tempat sepatutnya, tinggalkan nota pada kenderaan atau maklumkan kepada petugas stesen minyak.
  • Pastikan anak-anak tidak berlari atau bermain di kawasan pam minyak.
  • Jangan merokok keranan mampu menyebabkan kebakaran atau letupan.
image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tinggal Kereta Di Pam Minyak Untuk Beli Barang, Wanita Tegur Sikap Tak Bertimbang Rasa

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Butang ‘Emergency’ Di Pam Minyak Boleh Tekan Jika Nampak Kereta Asing Isi RON95 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Guna Kereta Plat Singapura Selamba Isi Minyak RON95 Undang Kecaman