Meskipun dah lama tak aktif sebagai penyanyi, G-Dragon tak dinafikan masih mempunyai impak hebat dalam industri hiburan!
Terbaru menerusi laman Joopiter yang diasaskan oleh Pharrell Williams, G-Dragon telah melelong beberapa barangannya seperti baju, tali pinggang dan beg di ‘Nothing But a G-Tang: The Art and Archive of G-Dragon’.
Antara pakaiannya yang menjadi rebutan adalah kot bulu dari jenama Saga Furs, yang pernah dipakai lelaki itu ketika persembahannya di anugerah MAMA pada 2014 yang lalu dan di konsert BIGBANG.

Pada awalnya, harga bidaan telah ditetapkan pada jumlah 16 juta won (RM51,775.68). Namun sehari sebelum lelongan ditutup, harga bidaan telah melonjak pada 110 juta won dan akhirnya dijual pada harga akhir mencecah 167 juta won (RM540,408.66).
Cayalah G-Dragon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Ramai Berebut, Kot Bulu Ikonik Dipakai G-Dragon 10 Tahun Lalu Dijual Cecah RM500 Ribu first appeared on KimchiDaily.my.

