Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

LocalTravel
17 Nov 2025 • 8:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu namun tahukah anda, laluan memasuki Jalan Genting Highlands bukannya Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

image is not available

Menurutnya, kementeriannya mengambil maklum mengenai isu yang sedang menjadi perhatian itu dan memahami kebimbangan orang ramai.

"Berdasarkan semakan awal KKR serta maklumat yang diterima, laluan yang dimaksudkan bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

"Bagaimanapun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.

"Buat masa ini, KKR tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas laluan berkenaan,"katanya dalam satu kenyataan

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan.

Genting Malaysia menegaskan bayaran bagi menggunakan jalan persendirian itu adalah perlu memandangkan kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer dan cerunnya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved