Ramai Gembira Tengok Video Mesra Datuk Red & Adira, ‘Shopping’ Baju Raya Bersama – “Kira Tak Jadi Cerai Lah Ye…”

Entertainment
7 Apr 2024 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok semalam, Datuk Red dan isteri keduanya, Adira dilihat mesra keluar berdua untuk membeli baju raya keluarga mereka.

 

Shopping baju raya

Meksipun ia adalah video mempromosikan jenama Jakel namun gelagat pasangan itu meraih perhatian apatah lagi kini mereka sedang dalam proses bercerai.

Datuk Red dilihat melayani kerenah Adira yang mencari baju raya malah turut menukar beberapa persalinan sedondon sebelum membeli baju pilihan mereka.

 

 

Tak jadi cerai la ni? – Netizen

Sudah tentu perkongsian sebegitu akan mengundang pelbagai respon daripada warganet memandangkan status mereka kini yang sedang di ambang perceraian.

Ramai warganet yang akui gembira melihat pasangan itu sudah kembali mesra dan berbaik malah turut mendoakan agar mereka terus bahagia.

image is not available image is not available

Rata-ratanya persoal adakah kelakuan mesra Datuk Red dan Adira ini menandakan pasangan berkenaan tidak jadi bercerai dan ramai yang berharap agar pasangan ini berbaik.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 5 days ago

Datuk Red Rancak Jual Kuih Raya, Raih Pendapatan RM78K Sehari