Ramai Geram Perodua Bezza Tukar Lorong Mengejut & Tak Bagi Signal Hingga Bahayakan Kenderaan Lain [Video]

LocalCars
21 Jul 2026 • 5:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berada di jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Ini kerana pemanduan anda mungkin telah menitik beratkan segala aspek keselamatan. Namun masih ada pemandu yang membawa kenderaan dalam keadaan berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kereta Bezza tiba-tiba tukar lorong ketika berada di lebuh raya

Baru-baru ini seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya hampir terlibat dengan kemalangan sewaktu memandu di sebuah lebuh raya dipercayai di Ipoh, Perak selepas ada kereta menukar lorong secara mengejut.

Menerusi video dashcam dikongsikan oleh @yayarstoure_ di Threads, awalnya kelihatan dia berada di lorong kanan untuk memotong. Sebaik sahaja memotong sebuah lori yang berada di lorong kiri kelihatan sebuah Perodua Bezza berwarna biru dari lorong kiri secara tiba-tiba menukar lorong dengan mengejut dan masuk ke lorong kanan.

Pemilik dashcam bunyikan hon panjang selepas pemandu Bezza tukar lorong mengejut & tak bagi lampu isyarat

Terkejut dengan tindakan kereta Bezza itu, kedengaran pemilik dashcam membunyikan hon yang panjang sambil memperlahankan kenderaan yang dipandu.

Menerusi video tersebut, pemilik dashcam turut memaklumkan kereta Bezza itu bukan sahaja menukar lorong secara mengejut bahkan pemandu terbabit juga tidak memberikan lampu isyarat.

Dakwa pemilik dashcam insiden yang berlaku itu turut menyebabkan rod (dipercayai rod pancing) yang digantung di atas bumbung juga menggelongsor dipercayai jatuh ke bawah.

“Kereta saya tukar ke gear N secara tiba-tiba,” katanya. Malah dalam video juga kedengaran bunyi kereta sedikit ‘mengaum’ mungkin disebabkan penukaran gear secara tiba-tiba itu.

Pemilik dashcam menggigil dan kereta calar

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, pemilik dashcam turut menunjukkan tangannya yang menggigil selepas berlaku insiden tersebut. Selain itu, kereta yang dipandu juga mengalami calar dipercayai kerana bergesel dengan Bezza terbabit.

Menurutnya lagi, pemandu Bezza itu juga tidak memberhentikan kenderaannya selepas insiden berlaku dan kereta tersebut dilihat melalui susur keluar ke Ipoh.

“Mengigil satu badan dibuatnya. Dia tak berhenti kereta tapi dia keluar exit (susur keluar) Ipoh dan berlalu pergi macam tu je walaupun nampak saya berhenti tepi ni.”

Menerusi video insiden dipercayai berlaku jam 2.18 petang pada 16 Julai lalu.

View on Threads

Ramai geram lihat Bezza tukar lorong mengejut sehingga bahayakan kenderaan lain

Di ruang komen, ramai yang turut berasa geram melihat tindakan Bezza tersebut serta meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ada juga meminta pemilik dashcam membuat aduan dalam aplikasi MyJPJ agar tindakan saman boleh dikenakan.

Malah ada yang berang kerana pemandu Bezza itu menukar lorong secara mengejut dipercayai sewaktu berada di selokoh ketika kenderaan sedang menuruni bukit.

“Betul dekat selekoh nak turun bukit kau tukar lorong. Nanti orang kemalangan disebabkan b*d*h kau”

Image from: Ramai Geram Perodua Bezza Tukar Lorong Mengejut & Tak Bagi Signal Hingga Bahayakan Kenderaan Lain [Video]

“Report je dia dalam apps My JPJ”

Image from: Ramai Geram Perodua Bezza Tukar Lorong Mengejut & Tak Bagi Signal Hingga Bahayakan Kenderaan Lain [Video]

“Spesis macam ni memang ramai atas jalan raya sekarang ni”

Image from: Ramai Geram Perodua Bezza Tukar Lorong Mengejut & Tak Bagi Signal Hingga Bahayakan Kenderaan Lain [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved