Ramai Graduan Anggarkan Gaji ‘Fresh Graduate’ Sekitar RM3,000-3,500 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalOpinion
30 Oct 2024 • 10:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pelajar yang telah selesai melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil yang lebih tinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah (PHD) tentunya inginkan kerjaya yang bagus.

Malah bukan sahaja mengidamkan kerjaya yang bagus sebaliknya mereka juga mengharapkan agar mendapat jumlah gaji yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki.

Walau bagaimanapun, umum mengetahui dalam kebanyakan industri mereka tidak hanya mementingkan kelulusan bahkan inginkan seseorang calon yang berpengalaman agar bersesuaian dengan gaji yang ditawarkan.

Tular video fresh graduate anggarkan RM3,000-3,500 gaji yang sesuai untuk diberikan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa graduan lepasan diploma dan ijazah sarjana muda yang menerima sijil ketika Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Menerusi video yang tular di X, seseorang individu telah bertanya berapakah anggaran gaji yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang baru sahaja tamat belajar.

Dalam video itu ramai yang mengatakan purata gaji yang bersesuain untuk seorang ‘fresh graduate’ diberikan adalah sekitar RM3,000 hingga ke RM3,500.

Fresh graduate diploma mahu gaji RM5,000-6,000

Ada juga yang mengatakan berdasarkan pengalaman dan bidang yang diceburi mereka sepatutnya mendapat gaji sekitar RM4,000 ke RM5,000.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila ada yang berpendapat mereka sepatutnya diberikan gaji RM5,000-6,000 untuk lepasan diploma.

Ramai setuju tangga gaji sekitar RM3,000-3,500 sesuai untuk graduan baharu tamat belajar

Melihat di ruangan balas, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi ramai apabila ada yang bersetuju dengan para graduan gaji yang sesuai untuk diberikan sekitar RM3,000-3,500.

Malah mereka mengatakan ia satu jumlah yang logik serta munasabah bagi keadaan ekonomi di masa kini meskipun di pasaran ia sedikit sukar untuk dimiliki.

Walau bagaimanapun ada yang tidak bersetuju sekiranya lepasan diploma inginkan gaji sebanyak RM5,000 dan ke atas.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan tiada masalah sekiranya fresh graduate mengimpikan gaji yang tinggi namun mereka perlulah mempunyai pengalaman dan tingkah laku yang baik dalam bekerja.

RM3.5K untuk degree, logik. RM5-6K agak keterlaluan untuk fresh diploma..”

image is not available

“Yang pilih RM2,500 tu bagi aku yang dah buat research”

image is not available

“Kalau demand gaji RM3K. Buat kerja elok tak apa, ni so far 3 pelatih industri dari IPTA ternama semua hampeh. Masuk lambat, dah masuk tunggu orang bagi kerja. Tiada inisiatif untuk bertanya, bila dah bagi kerja ambil masa lama nak selesainya.”

image is not available