Ramai ‘Happy’ ZUS Coffee & MAPIM Bekerjasama Beri Bantuan Buat Penduduk Palestin – “Rasa Nak Beli ZUS Hari Hari”

28 Jun 2024 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

ZUS Coffee dengan kerjasama pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berjaya menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan keperluan asas kepada rakyat Palestin.

Menerusi aplikasi X, ZUS Coffee berkongsi berita gembira itu dan berterima kasih kepada pihak MAPIM atas usaha bersama selain berkata misi itu berjaya disebabkan sokongan ramai rakyat Malaysia terhadap mereka selama ini.

image is not available

image is not available

 

Sediakan hidangan untuk penduduk

Selain sumber air bersih, mereka turut memberi sumbangan makanan serta turut menyediakan hidangan yang dimasak oleh pasukan sukarelawan untuk penduduk setempat.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, boleh dilihat keriangan yang terpancar di wajah penduduk terutamanya kanak-kanak selepas mereka menderita tanpa sumber air dan makanan berbulan-bulan.

image is not available

image is not available

 

Rasa nak minum ZUS hari hari

Ramai pengguna X menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kerjasama itu serta ada yang mengajak orang ramai untuk ‘support’ ZUS Coffee.

Dalam pada itu, sesetengah pihak berharap agar inisiatif dijalankan oleh ZUS Coffee ini menjadi ikutan banyak lagi jenama tempatan di negara kita.

image is not available 2 months ago

“We Promise! Bawa Bertenang” - ‘Straw Turtle-Friendly’ Sering Dikritik, ZUS Coffee Umum Bakal Buat ‘Straw’ Baru