Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat

Environment
28 Oct 2025 • 8:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat

Alam semula jadi merupakan anugerah yang tidak ternilai, dipenuhi dengan keindahan serta keajaiban yang sentiasa menarik perhatian manusia.

Di sebalik kehijauan hutan, aliran sungai yang tenang dan keindahan langit yang luas, tersimpan pelbagai “rahsia” yang menanti untuk diterokai.

Antara elemen penting yang sering menjadi tulang belakang kepada keseimbangan ekosistem ialah sungai.

Ia merupakan sumber air yang mengalir tidak hanya sekadar memenuhi keperluan hidupan, malah menjadi nadi utama yang menghidupkan seluruh sistem hutan.

Ini rupanya sebab ada buih dekat sungai bila hujan lebat

Alam semula jadi sering memperlihatkan pelbagai keunikan yang kadangkala sukar dijelaskan hanya dengan pandangan mata kasar.

Antara keunikan yang menarik perhatian ialah kemunculan buih di permukaan sungai, khususnya di kawasan paya gambut selepas hujan lebat.

Menurut penjelasan @azamuddeennasir di TikTok, fenomena buih di kawasan hutan paya gambut berlaku akibat kehadiran protein dan lemak yang terbentuk daripada alga, tumbuhan serta bahan organik yang terurai.

Apabila bahan-bahan ini bercampur dan dikocak oleh arus air yang deras, ia menghasilkan buih organik yang stabil serta mudah terbentuk di permukaan sungai.

“Buih seperti ini bukan hanya terbentuk di sungai, tetapi adakala dapat dilihat di permukaan laut juga,” jelas beliau yang merupakan seorang mahasiswa PhD dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan.

Video berdurasi 2:06 minit itu turut memaparkan beliau mengambil buih organik tersebut, yang kelihatan terdiri daripada buih berwarna coklat bercampur dengan buih putih.

@azamuddeennasir menjelaskan bahawa buih yang terhasil ini sebenarnya mempunyai ciri yang sama dengan buih sabun.

Lebih menarik lagi, arus sungai yang deras menghasilkan buih dalam jumlah yang begitu banyak sehingga menutupi sebahagian permukaan air.

@azamuddeennasir

Hutan Gambut Berbuih?! Satu fenomena unik yang sering berlaku ketika musim banjir ini ialah fenomena buih! Kehadiran buih-buih ini boleh dilihat di hutan paya gambut kerana kehadiran protein dan lemak yang datang daripada alga, tumbuhan dan bahan organik yang terurai. Protein dan lemak ini apabila dikocak dalam air yang deras akan menghasilkan bebuih yang stabil dan boleh membesar! Itulah apa yang diperhatikan kita sekarang ini. Fenomena ini juga berlaku di pantai-pantai dimana kadangkala pantai-pantai akan dipenuhi oleh bebuih. Kita tidak perku risau kerana bebuih ini bukan penanda pencemaran tetapi ia adalah fenomena semula jadi. Sama-sama kita pelihara khazanah bumi kita ini. @Science Katak #conservation #biodiversity #gambut #buih #peat

♬ original sound – AnakUmiSukaHutan – AnakUmiSukaHutan