Ramai Kagum Dengan DSV, Bikin Lagu ‘Happy Birthday’ Buat Cik B

Music
23 May 2023 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

DSV atau Dato Seri Vida, usahawan terkenal tampil dengan menghasilkan lagu Selamat Hari Jadi versinya tersendiri yang dicipta khas untuk anak perempuannya, Cik B.

Perkara itu dikongsi melalui hantaran video yang dimuat naik oleh peminat DSV di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, DSV menyanyikan lagu ‘happy birthday‘ yang diciptanya ketika di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Cik B baru-baru ini.

DSV siap buat lagu birthday untuk Cik B, music lagu ni macam lagu apa ea?

https://www.tiktok.com/@quputehtomatohq/video/7235117307398343937

Malah, rata-rata pengguna TikTok kagum dengan keikhlasan DSV sebagai seorang ibu untuk menghiburkan anaknya. Perkongsian video itu turut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Tambahan, ada juga yang beterima kasih kepada usahawan itu kerana dapat menghasilkan lagu baru sempena sambutan ulang tahun kelahiran Cik B.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article