Ramai Kagum Lihat Effort Rombongan Lelaki Redah Banjir Untuk Masuk Meminang [Video]

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 4:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui pada ketika ini Malaysia sedang mengalami Monsun Timut Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh.

Oleh sebab itu, kebanyakan negeri di Malaysia khususnya Pantai Timur sedang dilanda hujan lebat malah lebih teruk majoriti kawasan telahpun dinaiki air.

Keadaan sebegini sememangnya menyukarkan setiap orang untuk melakukan aktiviti harian lebih lagi apabila kebanyakan jalan utama turut ditutup akibat banjir.

Malah, ada yang terpaksa menunda atau menangguhkan segala rancangan dek kerana bencana ini.

Teruskan Majlis Pertunangan Walau Dalam Keadaan Banjir

Namun, lain pula dengan seorang wanita ini yang meneruskan majlis pertunangannya walaupun dalam keadaan banjir.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @zulaiqashafie94, wanita berkenaan berkongsikan momen indah itu ketika pihak lelaki datang membawa rombongan meminang.

Apa yang menarik perhatian adalah rombongan pihak lelaki dilihat meredah banjir sambil membawa dulang hantaran.

Pada mulanya dapat dilihat kesemua individu dari rombongan berkenaan turun dari kereta sebelum masing-masing dilihat memegang payung meredah air banjir tersebut.

Menurut Zulaiqa, mereka sememangnya mahu menunda majlis pertunangan itu namun segala persiapan telahpun dibuat.

@zulaiqashafie94

nk tunda tpi persiapan semua dah buat…cuaca marin comey..dugaan hari ni dia mari gelombang kedua…terima kasih tunaikn janji…🖤#banjir2024 kenangan29/11/24 #fypシ゚

♬ Satu Shaf Dibelakangku – Arvian Dwi

Syukur Semuanya Berjalan Dengan Lancar

Menerusi video berasingan, Zulaiqa meluahkan rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca sedemikian.

Jelas wanita berkenaan menerusi ruangan komen, ibu tunangnya sendiri yang mahu meneruskan majlis pertunangan tersebut.

Ramai Luah Rasa Kagum Lihat Effort Masing-Masing Jayakan Majlis Pertunangan

Video yang telah mendapat lebih 233,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dengan kesanggupan dan effort kedua-dua pihak dalam menjayakan majlis tersebut.

Malah, ada yang menganggap ia sebagai kenangan manis yang harus dikenang oleh keuda-duanya memandangkan perkara sebegitu jarang berlaku.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan segalanya berjalan lancar.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Banjir Pun Tunang, Tempat Aku Ni Kering Kontang Tak De Yang Datang”

image is not available

“Memang Salute Family Dia Sepakat Teruskan Juga Walau Dah Jadi Macam Tu, Semoga Bahagia Selalu Sis”

image is not available

“Ini Baru La Betul, Lautan Banjir Ku Renangi, Effort Tu”

image is not available

“Terharunya Tengok Effort Tunang & Familynya, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan”

image is not available

“Ya Allah Sanggup Pihak Lelaki Redah Hujan Banjir Demi Awak, Memang Dia Sayang Sangat Tu”

image is not available

Source: