Ramai Kagum Si Ibu DIY Katil Bayi Jadi Sofa Lepas Lihat Anak Buat Kabinet Jadi Tempat Duduk [Video]

Home & LivingFamily & Parenting
11 Apr 2025 • 2:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat mereka yang bergelar ibu atau bapa, anak merupakan segala-galanya. Oleh sebab itulah, kebanyakan daripada mereka akan berusaha sehabis baik bagi memastikan anak dalam keadaan selesa.

Malah, ada yang sanggup melakukan lebih dari satu kerja asalkan permintaan dan keinginan cahaya mata dapat dipenuhi.

Namun, tidak semua orang mampu berbuat demikian atas faktor lain antaranya seperti kekangan masa.

Tidak menjadikan ia sebagai alasan, ada si ibu atau bapa yang bertindak kreatif memenuhi permintaan anak dengan cara mereka tersendiri.

Siap Letak Bantal, Anak Jadikan Kabinet Kecil Sebagai Sofa

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu selepas melihat anaknya menjadikan kabinet kecil sebagai sofa.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ ttsoop, wanita yang dikenali sebagai Nadia itu tersentuh melihat anak sulungnya yang diberi nama Aryan duduk di atas kabinet berkenaan sewaktu menonton televisyen.

Apa yang menjadi perhatian, Aryan siap meletakkan bantal di atas perabot berkenaan seolah-olah seperti sedang duduk di atas sofa.

Malah, si cilik itu siap baring di atas perabot itu walaupun saiznya agak besar jika dibandingkan dengan kabinet tersebut.

“Serba salah pula aku. Anak aku buat kabinet kecil tu macam sofa. Dia letak bantal tu sendiri biar selesa hendak duduk,” tulis wanita itu pada video yang dikongsikan.

Ibu Ambil Inisiatif, Ubah Katil Bayi Jadi Sofa Untuk Si Anak

Tersentuh melihat situasi berkenaan, Nadia terus membuat keputusan untuk menggunakan barang yang ada di rumah menjadi sofa.

Apa yang menjadi perhatian, dia menggunakan katil bayi yang tidak lagi dipakai sebagai alternatif.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat pada mulanya Nadia mencabut bahagian palang katil berkenaan dengan membuka skru pada rangka katil tersebut.

Kemudian, dia meletakkan tilam sebagai alas untuk duduk manakala dua buah bantal dijadikan tempat bersandar untuk anaknya.

Dek kerana idea kreatif wanita itu, terhasilah sofa untuk anak kesayangannya.

Anak Gembira Ada ‘Sofa’, Siap Baring Waktu Menonton TV

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak lelaki itu dilihat teruja dan gembira melihat hasil idea kreatif ibunya.

Malah, Aryan dilihat duduk dengan tenang siap berbaring di atas sofa DIY ibunya ketika menonton tv.

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Kagum Namun Ada Yang Tersentuh, Siap Mahu Hulurkan Bantuan

Video yang telah mendapat lebih 581,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat usaha si ibu memberi yang terbaik untuk anaknya.

Tidak kurang juga ada yang tersentuh dan mahu menghulurkan bantuan dengan memberi sofa baharu buat Nadia.

Namun, Nadia menjelaskan dia enggan menerima apa-apa sumbangan daripada orang ramai.

Pada masa yang sama, ada yang mencadangkan kepada wanita berkenaan alternatif lain antaranya seperti membeli sofa secondhand di laman web yang menawarkan harga jauh lebih murah.

Selain itu, ada pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sendiri turut berhadapan situasi sama seperti wanita itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Sis, Awak Terbaik! Lain Dari Yang Lain. Kreatif. Sentiasa Cari Jalan Untuk Buat Kehidupan Jadi Selesa”

image is not available

“Akak Jangan Buat Saya Menangis Macam Ni. Akak Dah Dapat Sofa Baru Ke Belum?”

image is not available

“Bijak Anak Sis. Pandai Dia Cipta Sofa Sendiri”

image is not available

“Sis Cuba Tengok Dalam Apps Carousell, Biasa Ada Je Nak Let Go Sofa For Free”

image is not available

“Kalau Saya Pun Mesti Cari Idea Macam Awak Juga Sis, Asal Anak Selesa”

image is not available

Source: