

Ketua Setiausaha Negara menasihatkan kakitangan awam agar berbelanja mengikut kemampuan sendiri sebaliknya bukan kehendak sehinggakan menyebabkan diri diisytiharkan bankrap.
Ketuanya, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, esakan untuk menunjuk status sosial antara punca ramai kakitangan awam semua peringkat membuat pinjaman kewangan berlebihan sehingga mereka bankrap.
"Terdapat kakitangan awam dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan, namun dia tidak mampu menguruskan wang sendiri sehingga terpaksa membuat pinjaman.

"Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai iPhone.
"Terdapat kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios," katanya.
