Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]

29 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemudahan awam antaranya seperti taman permainan dan lif yang disediakan di sesebuah tempat tinggal asalnya bertujuan untuk memudahkan kehidupan masyarakat setempat.

Namun ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dilihat dengan sengaja merosakkan kemudahan bersama ini.

Lelaki Tahan Lif Guna Kaki Demi Untuk Tunggu Kawan

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman video tular yang dikongsikan semula di Threads, kelihatan dua orang individu berada dalam lif berkenaan dengan keadaan pintu yang terbuka.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat pintu lif tersebut ditahan menggunakan kaki oleh salah seorang pemuda yang memakai baju t-shirt berwarna hitam dan topi keledar berwarna biru.

Malah, dapat dilihat dia menahan pintu lif terbabit agak lama sebelum datang seorang lagi individu dipercayai rakan mereka.

Lelaki Ketuk & Rosakkan CCTV Guna Topi Keledar

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila lelaki tersebut tiba-tiba membuka topi keledarnya dan mengetuk CCTV dengan helmetnya itu.

Manakala, dua lagi individu yang dipercayai rakannya hanya melihat sahaja perbuatan rakan mereka.

Perbuatan tersebut nyata mengundang kemarahan pengguna media sosial yang berkongsi rakaman video berkenaan dalam satu hantaran di Threads @yng.xin26.

“Inilah perangai B40. Bila lif rosak jahanam, memekak sana sini. Banyak duit pembayar cukai dihabiskan untuk kemudahan B40, inilah hasilnya.

“Gubal undang-undang vandalisme macam Singapura jika betul-betul nak jinakkan perangai B40 (denda, penjara, wajib disebat),” tulisnya.

Berdasarkan butiran pada rakaman terbabit, kejadian berlaku pada 8 September lalu kira-kira jam 10.17 malam.

View on Threads

Ramai Kecam Tindakan Pemuda Lakukan Vandalisme, Rosakkan Kemudahan Lif

Perkongsian yang telah mendapat lebih 436,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram dan mengecam perbuatan pemuda berkenaan.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan situasi sama apabila terpaksa berhadapan dengan sikap segelintir individu sebegini.

Tidak kurang juga, ada yang mahu muka si pelaku didedahkan sebagai pengajaran kepada yang lain.

Pada masa sama, ada yang berpendapat, pengguna berkenaan seharusnya tidak pukul rata terhadap golongan B40 kerana sikap sebegini adalah perangai individu itu sendiri.

Nak Rosakkan Hanya Beberapa Saat, Baiki Makan Masa & Kos

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook turut berkongsi rakaman sama menjelaskan mereka akan terus melaksana kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi memastikan kemudahan di PPR berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan.

Namun jelas mereka, ada kemudahan yang telah dibaiki dan sedia untuk digunakan kembali rosak akibat perbuatan vandalisme.

“Kemudahan yang telah dibaiki dan disediakan untuk kegunaan bersama ada kalanya kembali rosak akibat perbuatan vandalisme dan penggunaan yang tidak bertanggungjawab. Butang lif dirosakkan. Dinding diconteng. Lampu dan kelengkapan dipecahkan. Kemudahan yang sepatutnya dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama akhirnya perlu dibaiki semula.

“Kesannya bukan kepada DBKL semata-mata. Apabila lif tidak berfungsi, warga emas, individu berkerusi roda, ibu mengandung, keluarga yang membawa anak kecil serta penghuni di tingkat tinggi antara yang paling terasa kesannya. Apabila lampu dirosakkan, keselamatan dan keselesaan penghuni turut terjejas.

“Merosakkan mungkin hanya mengambil masa beberapa saat. Tetapi untuk membaikinya memerlukan masa, tenaga dan kos.

“Sebab itu, setiap usaha menambah baik PA/PPR memerlukan satu perkara yang sama penting iaitu rasa memiliki dan tanggungjawab bersama,” tulis mereka.

DBKL Seru Kemudahan Dijaga Dengan Baik Agar Dapat Digunakan Bersama

Pada masa sama, DBKL menyeru agar kemudahan yang disediakan diguna dalam keadaan baik agar dapat dinikmati oleh semua orang.

“DBKL akan terus melaksanakan usaha penyelenggaraan dan penambahbaikan demi menyediakan persekitaran kediaman yang lebih baik.

“Apa yang diharapkan, setiap kemudahan yang disediakan dapat dihargai, digunakan dengan baik dan dijaga bersama oleh seluruh komuniti.

“Kerana apabila kita menjaga kemudahan bersama, sebenarnya kita sedang menjaga keselesaan jiran, keluarga dan komuniti kita sendiri.

“Jangan kerana tindakan seorang, seluruh komuniti menanggung kesannya. Jaga kemudahan kita. Jaga kediaman kita. Jaga komuniti kita,” tulis mereka.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Rata-Rata Yang Duduk Flat, Tengok Jela Lif, Tangga, Parking, Kebersihan Diorang, Memang Betul Cakap Lecturer Tu, ‘Saya Tak Boleh Duduk Dengan B40’, Benda Basic Pun Tiada Kesedaran Sivik”

Image from: Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]

“Penting Korang Belajar Betul-Betul Masa Sekolah, Supaya Keluar Dari Kepompong Kemiskinan & Tak Berjiran Dengan Orang Macam Ini”

Image from: Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]

“Saya Faham Rasa Marah Apabila Kemudahan Awam Rosak Tetapi Jangan Kita Pukul Rata & Kaitkan Kerosakan Dengan Status B40. Vandalisme Adalah Isu Sikap & Tanggungjawab Individu, Bukan Isu Kelas Pendapatan”

Image from: Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]

“Jangan Censored Muka Orang Macam Ni”

Image from: Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]

“Aku Rasa Negara Kita Kena Buat Sistem CCTV Macam Dekat China. CCTV Pihak Berkuasa Ada Facial Recognition. Kau Buat Hal, Kantoi Dalam CCTV Terus Masuk Penjara Tak Cakap Banyak”

Image from: Ramai Kecam Lelaki Selamba Ketuk & Rosakkan CCTV Lif Di PPR Guna Topi Keledar [Video]
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved