Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki menunjukkan video sebuah kereta Perodua model Myvi yang dipandu lawan arus dipercayai di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).
Myvi Lawan Arus & Memandu Di Lorong Kanan Lebuhraya Senai-Desaru
Menerusi video dikongsi, kelihatan Myvi berwarna merah itu memandu di lorong kanan dengan kelajuan tinggi meskipun menyedari beberapa kenderaan lain memandu arah berlawanan daripadanya.
Dalam klip sama, kelihatan sebuah kereta Nissan Almera N17 dengan pantas belok ke kiri bagi mengelakkan pertembungan dengan Myvi berkenaan.
“Salah jalan abang ni,” kata pemilik video dikenali sebagai Myo di ruangan kapsyen.
View on Threads
Pemandu Myvi Didakwa Buat Pusingan U Sebelum Roadblock
Dakwa Myo, pemandu telah bertindak melakukan pusingan U (u-turn) selepas menyedari terdapat sekatan jalan raya (roadblock) oleh pihak berkuasa.
“Dia buat putaran maut sebelum roadblock di tol Senai,” katanya.
‘Lalu Betul-betul Sebelah Myvi, Berderau Jantung’ – Pengguna Jalan Raya
Seorang saksi kejadian berkata dia terkejut apabila terlihat kelibat Myvi ini, namun bersyukur sempat mengelak.
“Ni semalam (27 September) dekat Lebuhraya Senai-Desaru. Betul-betul lalu sebelah kereta ni. Nasib baik nampak dari jauh. Berderau jantung weh. Lepas je dari kereta ni, ada roadblock bawah jambatan sebelum tol. Tak tahulah dia lari ke apa,” dakwa lelaki berkenaan.
Pemandu Bukan Pemilik Kereta Tetapi Penyewa, Kini Diburu Polis
Dalam pada itu, polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi terbabit. Memetik Berita Harian, insiden berlaku berhampiran susur keluar ke Persimpangan Bandar Senai.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pemandu berkenaan bukanlah pemilik kereta tetapi sebaliknya kereta Myvi merah terbabit dipercayai disewakan kepada pemandu itu.
Jelas beliau, pemilik kereta telah berjaya dikesan, namun tidak berada di daerah ini.
“Kami sudah mengesan pemilik kenderaan. Kini, penyewa sedang dikesan dan tindakan susulan akan diambil,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Lawan Arus Di Highway Karak Sebelum Bergesel Dengan Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Yang Kena Reverse!”- Ramai Puas Hati Individu Tak Mengalah Beri Laluan Kepada 7 Pemandu Lawan Arus [Video]
Pandu Lawan Arus Boleh Dipenjara Hingga 5 Tahun
Untuk info, memandu berlawanan arus bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Ia juga adalah satu kesalahan yang mana individu memandu lawan arus boleh dipenjara tidak melebihi 5 tahun dan denda minimum RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.
Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 (memandu secara melulu dan membahayakan).
“Macam Mana Boleh Confident Teruskan Perjalanan?” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu Myvi yang membawa kenderaan secara berbahaya.
“Semakin hari semakin bertambah orang hilang akal dekat Malaysia ni,” kata seorang individu dengan nada berang.
“Dari dulu bila ada kes salah jalan ni aku tak faham. Yang pertama macam mana boleh salah jalan. Yang kedua, macam mana boleh yakin teruskan perjalanan?” tanya seorang wanita.
‘Kenapa Pergi Ke Lorong Kanan Kalau Dah Salah Jalan?’ – Netizen
Malah ada juga yang mempersoalkan tindakan individu yang memandu di lorong kanan meskipun sudah salah arus.
“Salah jalan tu satu, pergi la ke lorong kecemasan, yang kau masih nak memandu dekat lorong kanan (fast lane) kenapa?” soal seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Ramai Kecam Myvi Dipandu Lawan Arus Di Highway, Didakwa U-Turn Untuk Elak Roadblock [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/myvi-lawan-arus-2-738x1024.jpeg)
![Image from: Ramai Kecam Myvi Dipandu Lawan Arus Di Highway, Didakwa U-Turn Untuk Elak Roadblock [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/myvi-lawan-arus-3-1024x278.jpeg)
![Image from: Ramai Kecam Myvi Dipandu Lawan Arus Di Highway, Didakwa U-Turn Untuk Elak Roadblock [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/myvi-lawan-arus-793x1024.jpeg)
![Image from: Ramai Kecam Myvi Dipandu Lawan Arus Di Highway, Didakwa U-Turn Untuk Elak Roadblock [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/myvi-lawan-arus-4-842x1024.jpeg)
![Image from: Ramai Kecam Myvi Dipandu Lawan Arus Di Highway, Didakwa U-Turn Untuk Elak Roadblock [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/myvi-lawan-arus-5-1024x567.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Mabuk Lawan Arus Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Cedera Parah, Suspek Sudah Ditahan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Lawan Arus Hingga Sebabkan Kemalangan, Rempuh 2 Kenderaan
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Tengok Banyak Kereta Lawan Arus Kena Hon Dengan Pemandu [Video]

