
Ramai Keliru, Rupanya Ini Perbezaan Tonik & Serum Rambut
Kini, semakin ramai individu yang menyedari kepentingan penjagaan rambut.
Lebih-lebih lagi apabila berdepan isu seperti rambut gugur, kelemumur, kulit kepala kering atau berminyak. Sehubungan itu, pelbagai produk rambut mula membanjiri pasaran dengan fungsi dan janji.
Namun begitu, ramai yang keliru dalam memilih produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan rambut dan kulit kepala mereka.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan perbezaan antara tonik dan serum rambut serta kegunaannya, menurut Hello Doktor.
Kenapa produk-produk ini kini kian popular?
Sebenarnya, masalah rambut dan kulit kepala itu adalah salah satu daripada isu kesihatan tubuh badan yang paling umum. Hakikatnya, masalah berkaitan ini berlaku pada semua individu. Antara masalah yang paling lazim dan selalu terjadi pada mahkota di kepala individu ini termasuk:
1. Keguguran
2. Kebotakan
3. Rambut rosak
4. Rambut kering
5. Rambut berminyak
6. Rambut bercabang
7. Rambut beruban
8. Kelemumur
Mungkin pada zaman dahulu, masalah-masalah di atas hanya akan dirawat dengan cara tradisional yakni penggunaan bahan-bahan seperti lidah buaya, minyak kelapa dan lain-lain.
Namun pada zaman kini, sudah banyak rawatan serta ubatan telah wujud untuk merawat segenap masalah berkaitan dengan rambut. Bukan sahaja syampu, ada banyak lagi produk di pasaran.
Antara produk paling popular kini adalah hair serum dan hair tonik terbaik untuk rambut!
Apa yang dimaksudkan dengan tonik?
Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah sejenis produk rambut yang digunakan untuk merawat masalah berkaitan mahkota seperti keguguran atau kebotakan, sesuai dengan nama – tonik.
Biasa wujud dalam bentuk cecair, cara menggunakan produk ini adalah dengan menyembur atau menyapu ramuan ke rambut serta di kulit kepala terutama pada tempat yang bermasalah.
Jika digunakan secara rutin yakni sehari sekali – kurang atau lebih, anda boleh dapat manfaat ini:
1. Mengelakkan rambut sedia ada gugur.
2. Menggalakkan rambut baru untuk tumbuh.
3. Melancarkan darah di kulit kepala.
4. Melembapkan kulit kepala yang kering.
5. Menyingkirkan masalah kelemumur.
Memandangkan banyak produk wujud dalam pasaran masa kini, anda wajar cari hair tonik terbaik yang asli, efektif serta telah diperakui oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apa pula dimaksudkan dengan serum?
Serum pula adalah sejenis produk rambut yang digunakan untuk ‘membalut’ mahkota kepala anda untuk tujuan menggayakan dan memberikan imej cantik bersinar, berkilau lagi bergaya.
Biasa digunakan ketika rambut basah atau kering, ia boleh berfungsi sebagai produk rawatan serta kemasan dalam usaha untuk mendapatkan mahkota yang tampak lebih cantik dan menarik.
Tidak hanya untuk mencantikkan rambut, produk ini juga bakal mendatangkan manfaat berikut:
1. Menjadikan rambut lebih lembut dan licin.
2. Menghuraikan rambut yang kusut.
3. Mengharumkan rambut yang berbau kepam.
Dalam erti kata lebih mudah, kami boleh kata bahawa hair serum ini adalah produk yang hampir sama fungsi dengan minyak, krim atau gel rambut – penting untuk penataan dan penggayaan.
Konklusinya, ia dua produk rambut yang berbeza
Ketika sedang gigih mencari produk hair serum dan hair tonik terbaik untuk mahkota, anda perlu tahu bahawa kedua-duanya adalah produk rambut berbeza dan punya fungsi masing-masing.
Apa yang dapat dikonklusikan di sini adalah peranan produk di atas berbeza bergantung kesannya:
Tonik – Bertujuan untuk melebatkan rambut
Serum – Bertujuan untuk melindungi dan menggayakan rambut
Maka, sila cari produk hair serum dan hair tonik terbaik untuk rambut anda itu berdasarkan keperluan masing-masing.
Namun, mungkin ramai masih belum tahu produk mana lebih penting.
Produk rambut mana yang patut anda guna?
Sebelum pergi lebih dalam, individu itu sendiri kena tahu masalah apa yang mereka sedang hadapi dengan rambut mereka. Perkara pertama anda perlu buat adalah berjumpa pakar rambut.
Lakukan pemeriksaan kulit kepala untuk mengetahui jika anda mengalami masalah mana antara di atas tadi.
Kemudian, dapatkan informasi dan nasihat tentang langkah untuk mengatasinya.
BACA: Kajian Dedah ‘Marah’ ChatGPT Tingkatkan Ketepatan, Tapi Ada Risiko Menanti
Sumber: Hello Doktor
The post Ramai Keliru, Rupanya Ini Perbezaan Tonik & Serum Rambut appeared first on Siakap Keli.



