‘Ramai lelaki kena marah bini sebab saya kahwin dua’ – Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki

Music
22 Aug 2023 • 9:47 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pempengaruh TikTok, Abang Tesla, yang mempunyai dua isteri semalam tampil memohon maaf kepada golongan lelaki kerana disebabkan video perkongsian tentang poligaminya membuatkan ramai lelaki yang dibebel isteri masing-masing.

“Saya nak minta maaf kepada kaum lelaki kerana disebabkan video saya, ramai lelaki yang kena marah dengan bini. Hari ini tak boleh keluar rumahlah, dengar lagu tajuk Kau Tigakan Cintaku pun kena marah.

“Jadi, saya minta maaflah kepada kaum lelaki. Sebab saya kahwin dua, korang kena marah,” katanya dalam video tersebut yang diakhiri dengan klip gelak ketawa.

https://www.tiktok.com/@abg.tesla/video/7269615507035278610

Semalam, Abang Tesla sekali lagi membuatkan netizen ‘membara’ berikutan kenyataannya yang mengatakan bahawa isteri pertama adalah untuk dihargai, manakala isteri kedua pula adalah untuk dicintai.

Dalam masa sama, Abang Tesla juga meluahkan rasa kesal dirinya dikecam teruk di media sosial, sedangkan dia hanya berkongsi cara berpoligami yang betul tanpa membelakangi isteri pertamanya.

Sepanjang proses hendak berpoligami, Abang Tesla mengakui hal itu membuatkan dia semakin menghargai isterinya. Namun, bukan mudah untuk mencari kata-kata yang sesuai bagi membuatkan orang lain faham akan keputusannya itu.