Ramai mahu Siti Nurhaliza rakam semula lagu Negaraku, ini jawapan Biduanita Negara

LocalMusic
2 Nov 2026 • 11:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nyanyian lagu Negaraku oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor pada Ahad mendapat perhatian sehingga timbul cadangan supaya beliau merakamkan semula lagu kebangsaan sebagai audio rasmi.

Image from: Ramai mahu Siti Nurhaliza rakam semula lagu Negaraku, ini jawapan Biduanita Negara

Memetik laporan mStar, Siti menyambut baik cadangan berkenaan, namun menjelaskan perkara tersebut bukan sesuatu yang boleh ditentukan mengikut pilihannya sendiri.

“Ada orang suka suara penyanyi lelaki, ada yang suka suara wanita. Kalau untuk kebaikan saya okay sahaja,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Malam Apresiasi Konsert Legacy 30 & Konsert Tradisional Gema Bumantara di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Di sebalik persembahan yang menjadi bualan di media sosial itu, Siti mendedahkan tawaran untuk menyanyikan Negaraku hanya diterimanya sehari sebelum acara berlangsung.

Menurut penyanyi berkenaan, beliau pada asalnya merancang menonton perlumbaan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, sebelum pihak penganjur menghubungi suaminya bagi menyampaikan pelawaan tersebut.

“Memang ditawarkan pada saat akhir. Kebetulan saya pergi menonton bersama suami dan mungkin mereka tahu kehadiran saya. Pihak penganjur meminta suami untuk bertanyakan kepada saya.
“Saya okay sahaja, ini juga dikira untuk negara,” ujarnya.

Image from: Ramai mahu Siti Nurhaliza rakam semula lagu Negaraku, ini jawapan Biduanita Negara

Dengan masa persediaan yang singkat, Siti berlatih sendiri, manakala perbincangan bersama pasukan muzik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengiringinya dilakukan melalui panggilan telefon.

Susunan muzik turut disesuaikan dengan nada suaranya selepas beliau mendengar rakaman yang diberikan.

“Gementar menyanyi dengan band, jadi saya nak dengar dahulu susunan muzik dan mereka berikan rakaman suara lelaki. Kami berbincang melalui telefon dan mereka lakukan susunan muzik baru ikut key saya. Saya hanya hantar rakaman suara menyanyi melalui voice note,” jelasnya.

Siti turut menjelaskan bahawa beliau berhati-hati dalam menyampaikan lagu kebangsaan supaya olahan nyanyiannya tidak keterlaluan.

“Mereka beri rakaman dan saya berlatih sendiri. Saya tahu tidak boleh keterlaluan kerana takut dikatakan tak hormat lagu kebangsaan. Cuma bahagian hujung saya naikkan sikit nada tinggi untuk beri semangat,” tambahnya lagi.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved