‘Ramai menggelupur lepas saya umum letak jawatan Exco Melaka’ – Akmal Saleh

LocalPolitics
15 Jan 2026 • 8:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mendakwa ramai yang ‘menggelupur’ selepas beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Melaka.

Beliau mendakwa, ia kerana pihak yang tidak senang duduk itu bimbang akan menjadi sasaran serangannya sepanjang masa.

“Bila saya letak jawatan Exco ramai yang menggelupur sebab apa? Sebab dia takut saya sepenuh masa nak bantai dia selepas ini.

“Tapi saya nak bagitahu bila Akmal Saleh letak jawatan Exco, insya-ALLAH, Akmal Saleh akan lahirkan 300 lagi Akmal Saleh untuk hentak mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada malam Khamis.

Beliau menegaskan, keputusannya tersebut berdasarkan suara akar umbi yang mahu dibawa Pemuda UMNO.

“Saya nak bagitahu, saya tak ada jawatan Exco pun jangan risau kerana saya ada tuan-tuan dan sahabat-sahabat di depan saya ini. Jangan pernah kita takut dan apologetik,” tegasnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved