Ramai Mula Munculkan Diri Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Datuk Red Dalam Urusan Jual Beli Tanah

27 Mar 2024 • 3:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
datuk red

Kisah hidup atau dugaan yang dihadapi oleh suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendapat perhatian orang ramai ketika ini.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Red atau nama penuhnya Datuk Seri Adnan Abu yang telahpun diisytihar muflis sejak 5 tahun dulu dan kini sedang giat mencari pekerjaan.

Bukan hanya itu dugaan yang menimpanya, Datuk Red juga sedang berhadapan dengan tuntutan cerai daripada kedua-dua isterinya iaitu Adira dan Datin Red.

Ramai mangsa mula munculkan diri dakwa ditipu Datuk Red…

Bagaimanapun, disebalik kisah ini muncul pula beberapa pihak yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Datuk Red dalam urusan jual beli tanah.

Perkara ini menjadi kecoh di aplikasi X selepas Datuk Red sebelum ini turut mengakui menjadi muflis akibat tersalah langkap dalam produk hartanah.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar netizen berhenti mengecam dan mendoakan agar urusan Datuk Red dipermudahkan.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.