Ramai Nak ‘Unfollow’ Sebab Menyampah Dengan Video Intim, Fasha Sandha Respon – “Tak Berkurang Pun, Makin Bertambah Ada Lah”

Entertainment
16 Sep 2023 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz mendapat kecaman warganet terutamanya peminat mereka selepas memuat naik video aksi berendam bermesra di Instagram.

Ramai yang berkata mahu unfollow aktres berusia 39 tahun itu kerana didakwa semakin menjadi-jadi semenjak sudah berbadan langsing.

image is not available 3 days ago

"Kerja Jangan Sampai Jatuhkan Maruah" - Ustaz Izhar Ariff Ulas Isu 'Rendaman Cinta' Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Menyedari dirinya dan suami teruk dikritik, Fasha memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak suka dan kecewa dengan video tersebut.

Bagaimanapun, Fasha mengakui tidak hilang pengikut di Instagram malah bertambah sebanyak 25,000 sejak video tersebut tular.

Terkejut juga sebab ada yang cakap mahu berhenti ikuti saya di media sosial tetapi tidak pun. Makin bertambah adalah.

image is not available

Tambah Fasha , dia lebih menghargai mereka yang mengikutinya di laman sosial itu dan menerima secara terbuka semua kritikan terhadapnya serta suami.

Bagi saya, itu perkara biasa dilakukan saya dan suami. Cuma mungkin, lokasinya tak bersesuaian. Kalau di taman bunga, mungkin berbeza pandangan dan pendapat.

Ujar aktres itu lagi, sebelum bertindak untuk archive video tersebut ia sudah mendapat sejuta tontonan dan beribu orang telah menyimpan hantaran tersebut.

image is not available