Ramai Netizen Tidak Setuju Durian Jadi Buah Kebangsaan Singapura

22 Aug 2024 • 4:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah hantaran di media sosial meraih perhatian warga maya ASEAN selepas perkongsian itu menyatakan durian jadi buah kebangsaan Singapura.

Tular satu hantaran di media sosial berkenaan buah kebangsaan bagi setiap negara ASEAN, bagaimanapun buah kebangsaan Singapura telah meraih perhatian ramai.

Durian jadi buah kebangsaan Singapura

image is not available

Menerusi hantaran di Facebook, ASEAN Skyline telah memuat naik satu foto memaparkan buah-buah kebangsaan bagi negara Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Kemboja.

Setiap negara mempunyai buah kebangsaan yang amat sinonim dengan negara mereka seperti buah naga yang terkenal di Vietnam, buah mangga yang enak dari Filipina manakala buah manggis menjadi pilihan Thailand.

image is not available

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila hantaran tersebut mendedahkan buah kebangsaan Singapura.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan disamping memberikan beberapa jenaka berkenaan buah tersebut sebagai buah kebangsaan Singapura.

Mana dorang tanam pokok durian?

image is not available

Betul ke ni? Tak pernah nampak pun pokok durian

image is not available

Belah mana duriannya Singapura?

image is not available

Tanam atas bumbung kot

image is not available

Haiyoo, tanam kat mana buah durian orang Singapura?

Sumber: Facebook ASEAN Skyline