Ramai PATI Datang Bekerja, Sabah Hantar Pulang 652 Warga Filipina

6 Sep 2024 • 12:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pastikan Dokumen Lengkap Sebelum Datang Bekerja

Ramai PATI Datang Bekerja, Sabah Hantar Pulang 652 Warga Filipina. Jabatan Imigresen telah menghantar pulang seramai 652 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina pada hari semalam melalui siri penghantaran pulang yang ke-13 tahun ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 469 lelaki, 130 wanita, dan 53 kanak-kanak yang berusia antara dua bulan hingga 76 tahun telah dihantar pulang dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga City, Filipina.

Sabah Hantar Pulang 652 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina

Menurut Sitti Saleha, kesemua tahanan tersebut telah ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen di Papar, Sandakan, dan Tawau sebelum dihantar pulang. Mereka ditahan kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sehingga September tahun ini, Jabatan Imigresen Sabah telah menghantar pulang seramai 4,809 PATI, termasuk 3,118 warga Filipina. Sitti Saleha menegaskan bahawa lebih banyak siri penghantaran pulang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Beliau juga mengingatkan mereka yang ingin bekerja di negara ini supaya memastikan dokumen mereka adalah lengkap dan sah.

Baca juga artikel semasa di bawah: