‘Ramai pelajar sakit perut dan cirit birit’ – Dewan makan SBP didakwa hidangkan telur tembelang, ulat dalam makanan

31 Oct 2023 • 10:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pengendali dewan makan di sekolah berasrama penuh (SBP), MRSRM didakwa mengabaikan aspek kebersihan semasa menghidangkan hidangan menu nasi briyani sehingga menyebabkan ramai pelajar di sekolah berkenaan mengalami sakit perut dan cirit birit.

Menerusi satu perkongsian, pengadu menyatakan pelajar-pelajar di sana telah dihidangkan dengan telur tembelang (busuk).

Selain itu juga, tahap kebersihan pengendali dewan makan itu juga diragui apabila pelajar menemui ulat di dalam makanan.

image is not available

image is not available

image is not available

“Makanan DS yang dihidangkan dekat MRSM Kuala Klawang harini yang menyebabkan ramai anak-anak sakit perut dan cirit birit.

“Dah nampak tembelang (telur) macam ni masa kupas telur tapi masih serve dekat anak-anak. Mana hati perut diorang ye.

“This is not the first time hidang makanan buruk macam ni. Harap pentadbiran terminate terus la. Kes hari tu bagi anak-anak makan cili pedas teramat smpai sakit perut. Dah janji nak buat makanan elok-elok, tapi sekarang jadi macam ni pulak.

“Anak-anak Tingkatan 4 dan 5 dah nak exam sakit perut pulak tak dapat study elok-elok,” tulisnya.

Sementara itu, pengadu turut menyatakan apabila dijalankan siasatan, pengendali makanan tersebut menyatakan telur direbus di dalam kawah dan menyebabkan telur telah tercemar manakala ulat yang dijumpai merupakan dari dalam sayur kacang panjang yang telah dimasak.

image is not available

Difahamkan juga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memantau perkembangan kes ini.

Dalam masa sama, pengadu dan netizen turut memetik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, untuk tindakan lanjut.

View Original Article