
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila berada di jalan raya, ada sahaja gelagat dan ragam pengguna yang dijumpai.
Antara yang biasa ditemui adalah mereka yang mematuhi peraturan dan tidak kurang juga segelintir golongan yang mengabaikannya.
Namun, pernah tak korang berdepan dengan situasi pelik ditegur dengan orang yang tidak dikenali sedangkan tiada apa pun yang berlaku sebelum itu?
Individu Dakwa Diserang Tanpa Sebab Oleh Pemandu Wanita
Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila berhadapan dengan situasi pelik bersama seorang pemandu wanita yang lain.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @nashaizyani, pengguna berkenaan berkongsikan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kejadian yang dialami olehnya pada Selasa (20 Mei) lalu kira-kira jam 5.30 petang di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Jelas pengguna yang dikenali sebagai Nasha itu, dia meminta bantuan orang ramai untuk menularkan kisahnya diserang pemandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu.
Dakwa Nasha lagi, dia telah diserang sehingga luka tanpa sebarang sebab. Difahamkan, dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan masih menunggu pegawai penyiasat (IO) untuk membuka kes.
“Saya diserang hingga luka tanpa sebab. Trauma tak payah cakap. Dah la tengah bawa perut huwaaa.
“Cover report dah buat tapi masih menanti IO contact untuk buka kes. Bukti dirakam oleh dashcam,” katanya.
Pemandu Wanita Keluar Dari Simpang & Tiba-Tiba Berhenti Tanya Individu
Menerusi rakaman video dashcam yang dikongsikan, dapat dilihat pemandu wanita yang memandu Honda City pada mulanya keluar dari simpang menuju ke laluan yang dilalui oleh Nasha.
Setelah beberapa ketika, dia kemudiannya tiba-tiba berhenti dan turun dari kereta menuju ke arah kereta Nasha yang berada di belakang keretanya.
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu wanita itu menyoal Nasha malah siap menyebut RM2 Juta kepadanya.
“Kau nak apa? Apsal kereta merah ini ikut aku? Kau RM2 juta ye, RM2 Juta,” katanya.
Jelas Nasha dalam hantaran terbaharu, dia akan pergi ke balai polis dalam masa terdekat bagi mendapat perkembangan terkini berhubung status kes tersebut.
Malah berdasarkan info yang diterima olehnya, dia mendakwa pemandu wanita itu adalah seorang guru.
Ramai Pelik Tindakan Pemandu Wanita Tiba-Tiba Berhenti & Serang Orang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 285,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan pelik melihat tindakan pemandu wanita yang tiba-tiba memberhentikan kenderaannya.
Malah, ada yang mempersoal status kesihatan mental pemandu tersebut memandangkan tiada kejadian yang berlaku sebelum itu.
Namun, beberapa pengguna mendakwa mengenali wanita berkenaan dan mendedahkan dia mempunyai masalah kesihatan mental.
Pada masa yang sama, ada pengguna media sosial mempertikaikan tindakan Nasha yang berani membuka tingkap untuk berinteraksi dengan pemandu berkenaan.
Namun, Nasha menjelaskan itu hanyalah reaksi spontan dan dia telah mengambil pengajaran dari kejadian ini.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tergelak Sebab Dia Rasa Dia Terpaling Perasan Orang Ikut Dia, Dia Fikir Dia Siapa?”

“Luka? Dia Sentuh Awak Ke? Harap Jumpalah Dia, Kalau Dia Ada Penyakit Jiwa, Harap Tahan Lesen Dia, Tak Sesuai Memandu”

“Kakak Ni Memang Kurang Sihat, Suami Saya Pernah Kena, Dia Park kereta Dekat Tengah-Tengah Laluan Masuk Kenderaan”

“Lain Kali Jangan Bukak Tingkap Walaupun Dia Perempuan ke Budak, Sekarang Ni Macam-Macam”

“Ya Allah Perasan Orang Ikut Dia, Dah Itu Namanya Jalan Raya, Memang La Ramai Orang Lalu”

“Rasanya Orang Sama Serang Jiran Saya Dekat Tasik Biru, Tahan Kereta Dia Tarik-Tarik Tudung Cakap Jiran Saya Rampas Lelaki Dia, Padahal Jiran Saya Tak Kenal Dia Pun”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pemandu BMW Tunjuk Lagak Samseng, Halang & Himpit Kereta Lain [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Taknak Mengalah” – Pemandu Van Imigresen Dikritik Kerana Halang Kereta & Enggan Beri Laluan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kereta Dipercayai Dilanggar Pemandu Mabuk, Tangisan Wanita Curi Perhatian Ramai [Video]
Source:
