Ramai Pengguna iPhone 13 Pro Di Malaysia Melaporkan Masalah Skrin Rosak Selepas Kemaskini iOS 16.1

TechnologyDigital
22 Nov 2022 • 6:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max adalah peranti mercu premium Apple yang dilancarkan pada tahun lepas. Peranti masih lagi antara yang terbaik di pasaran, malah saya pun masih menggunakannya sebagai peranti harian.

Tetapi nasib malang menimpa kepada ramai pengguna iPhone 13 Pro di Malaysia selepas mengemaskini kepada iOS 16.1. Dalam pemantauan saya sendiri di Group Facebook Apple User Group Malaysia dan Malaysia iPhone User, majoriti pengguna yang bermasalah adalah mereka yang menggunakan iPhone 13 Pro Max – di mana skrin peranti terus rosak selepas mengemaskini.

image is not available

image is not available

Antara masalah yang dihadapi adalah skrin berubah menjadi putih secara tiba-tiba, skrin tidak responsif dan berubah warna selepas menggunakan aplikasi media sosial dan ada juga yang melaporkan skrin berubah menjadi warna hijau. Setiap masalah ini tidak boleh dibaiki dengan sendiri seperti but semula peranti atau format kerana bukan masalah perisian, sebaliknya masalah skrin itu sendiri.

image is not available

iPhone 13 Pro Max yang masih dalam jaminan dilihat dapat menuntut jaminan menukar skrin tanpa sebarang kos, tetapi mereka yang telah habis jaminan terpaksa membayar dari RM1,500 ke RM1,800 dan boleh mencecah sehingga RM2,000 jika pernah membaiki di kedai tidak rasmi.

Dalam semakin peranti-peranti iPhone 13 yang ada di makmal Amanz, satu pun tiada masalah ini walaupun sudah dikemaskini ke iOS 16.1.1. Peranti anda pula bagaiamana?