Ramai peniaga dibantu, 20,000 dijangka sertai PLATS hingga April tahun depan

19 Jun 2022 • 4:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HULU LANGAT, 19 JUN: Seramai 20,000 penjaja kecil dijangka menyertai Platform Selangor (PLATS) sehingga April tahun depan.

Ketua pegawai eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berkata sasaran dapat dicapai selepas pihaknya menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi terutama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“PBT terlibat secara langsung mengesan dan mendaftarkan penjaja yang mahu mengembangkan perniagaan selain membantu mendapatkan lesen niaga masing-masing.

“Pihak PBT juga sudah melaksanakan beberapa siri latihan khas dan program pendidikan digital bagi memberi pendedahan lebih meluas kepada penjaja,” kata Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ketika ditemui pada pelancaran Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di sini hari ini.

Beliau berkata setakat Mei, seramai 10,116 peniaga seluruh Selangor menyertai PLATS dan mendapat bimbingan terutama aspek pemasaran produk.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan tahun ini pada April yang turut melibatkan kerjasama Rakan Digital Selangor (RDS).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved